Assalamualaikum...! Pejam celik dah masuk hari ke-11 Puasa ,, so...masih boleh bertahan tak .. ? atau ada yang dah ponteng ni . Puasa kali ni jatuh di cuaca panas , ,muka Lisa pun sekarang dah mula naik berminyak . Tapi nasib baik Lisa tahu cara penjagaan kulit muka agar sentiasa fresh dan berseri .
Wajah ni.. perlu penjagaan yang baik , kalian juga kena tahu kulit kalian dalam kategori jenis yang mana satu . Lepas tu barulah kalian tentukan produk yang sesuai untuk digunakan . Kali ini Lisa kongsi rahsia untuk jaga wajah tetap nampak comel dan kekal Fresh sepanjang hari seperti Lisa (amboi.. angkat bakul sendiri nampak..hehehe... )
TIPS Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Muka Normal-Berminyak
Pilih pencuci muka dan produk kecantikan yang banyak kandungan air , buah , tea tree oil, juga vitamin C & E . Elok lagi kalau ada kandungan daun Mint atau lidah buaya . Semua kandungan tu akan jaga dan merawat wajah kalian dari berminyak ,kering , kasar dan paling teruk .. jerawat .
Selama ini ramai yang tanya , macam mana cara dapatkan kulit yang kekal fresh dan berseri . Lisa kongsi produk Lisa ni ha.... " Nanowhite Fresh " , Set Fresh sebab lisa remaja lagi . hehehehe.. Bermula dari curi-curi guna milik kakak... lepas tu tersuka pulak. Kulit rasa tegang dan fresh.. macam letak ais dan daun mint bubuh kat muka. Tak perlu guna produk mahal-mahal.. . Lisa jenis ,, kalau ngam tu pilih je lah . Tak semua produk tu sesuai dengan kulit kalian ... pastinya sesuaikan juga dengan poket kalian . hehehe ... Nanowhite ni mampu milik.. sesuai poket , murah pun je juga... harga standart tak mahal sangat.
Jom tengok langkah-langkah Lisa pakai :
Step 1 :
Nanowhite Fresh Foam Cleanser
Ini lah pencuci muka yang Lisa cakap tu .. , harga baru RM15.90 jer... lebih kurang dengan harga pencuci muka yang sebelum ni . Tapi yang Nanowhite Fresh ni lagi sejukk... di muka . Jangan buka mata lama-lama pula time cuci muka.. nanti buih masuk mata .
Cara pakai : ala.. sama macam kalian cuci muka..basahkan muka.. pastu letak Nanowhite Fresh Foam Cleaner kat tapak tangan .. lepas tu baru sapu dan urut kat muka . Bilas dengan air .
Step 2 :
Nanowhite Fresh Miracle Mist
Miracle Mist ni fungsinya tuk jaga kelembapan kulit wajah , kecutkan liang roma ,,, dan banyak lagi . Ada 9 kelebihan dalan 1 botol miracle mist ni . Yang pasti .. dalam tu ada tea tree oil , Sea Algae dan vitamin C .. macam Lisa bagitau awal tadi.. cari produk yang ada bahan tea tree oil atau vitamin C . Bagus untuk remajakan kulit wajah .. dan.. buang kulit mati . Harga dalam RM 20.++ untuk 125ml . Murah kan.., first time Lisa jumpa miracle mist yang murah .. sebelum ni tahu yang mahal je.
Cara guna senang je .. spray kat wajah korang . spray dah siap ! . tutup mata.. baru semburkan wajah.
Step 3 :
Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
Setakat ni wajah Lisa memang takde dark spot , just kadang ada seketul dua ketul jerawat la. Kadang ada majlis dan kena makeup.. , time malam tu kena bersihkan muka betul-betul.. tak boleh tinggalkan sikit kotoran atau bekas makeup . Kalau tak bersih wajah tumbuh jerawat nanti . Ni time dah nak datang period pun ada jerawat seketul dua kat muka.. sebab tu letak dark spot corrector set dari Nanowhite Fresh ni . Hope kecut la sebelum raya nanti .. Kalian yang ada dark spot boleh try guna produk ni,,Sejuk rasa mint je ... harga pula rm 18.50 untuk 15ml .
pakai untuk malam satu kali dan pagi sekali . Pakai la .. kot raya nanti lagi berseri .. macam muka budak-budak..yayy dapat duit raya . hahaha..
Oh lupa nak bagitahu.. di timeline facebook , Lisa ada ternampak kontest produk Nanowhite ni. Nak try la.. mana tahu menang .. dapat IPAD woo.... Kalian pun boleh join..
untuk mudahkan kalian tengok di link ini : https://www.facebook.com/nanowhite/photos/a.
10150182564123434.303349.130416903433/10153747858128434/