Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 845

HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

$
0
0
Wah.. rasanya iphone7 plus pun belum ramai orang yang pakai , harga pun belum turun lagi. Hari ini Apple mengeluarkan untuk kali pertama , iPhone berwarna merah iaitu iPhone 7 dan Iphone 7 Plus RED . Kalau boss nampak ni mesti suka . Telefon edisi khas ini hanya menawarkan dua variasi pilihan iaitu 128 GB dan 256GBB. Tiada versi 64 GB ditawarkan.Agak-agak berapa harga iPhone 7 Red di Malaysia eh ? mesti mahal...

Buy (RED). Give life 
Selama 10 tahun, perkongsian Appple dengan (RED) telah menyokong program-program HIV / AIDS yang menyediakan kaunseling, ujian, dan ubat-ubatan yang menghalang jangkitan HIV dari ibu kepada anak dalam kandungan. Setakat ini, Apple telah mengumpulkan lebih $ 130,000,000 melalui penjualan produk (RED). Kini memperkenalkan iPhone 7 (PRODUK) RED ™ Edisi Khas. Setiap pembelian membawa kita semakin hampir kepada generasi bebas AIDS. Telefon ini akan dijual ke seluruh dunia pada 24 Mac ini dan hasil jualan tersebut akan di dermakan kepada organisasi (RED) yang menyokong pencegahan AIDS dan penyelidikan. 




HARGA IPHONE 7 RED DI MALAYSIA

Telefon ini akan dijual pada harga yang sama dengan model iPhone 7 sebelum ini bermula pada harga RM3,699 dan pembeli di Malaysia boleh menempah pada tarikh yang sama.
Kepada yang berminat, boleh lihat di Apple Web Store. Pengumumman ini juga dibuat bersama pelancaran aplikasi Apple Clips yang memfokuskan kepada punyintingan video yang lebih mudah dan ringkas.







Lawa seh... rasa nak beli pulak , harga pun  boleh tahan RM3 K lebih .... tapi tak tau sempat beli ke tak , iphone jet black pun tak dapat nak Grab... heheh stock abes selalu. Kaya sungguh orang Malaysia ni kan . 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 845

Trending Articles