
Agak terkejut juga dengan pemergian Shea ( www.myamethyst-shea.com/ ). Sekali lagi kehilangan seorang kawan blogger , Shea Rasol yang pulang ke rahmatullah hari ini , dihari Jumaat 09 June 2017 , hari ke 14 bulan ramadhan , diusia yang muda lagi baru 29tahun . Siapa yang tak kenal shea, dia ialah seorang blogger , pengacara SIS di TV9 , juga fashionista yang digemari ramai orang . Tipu la kalau tak sedih , tapi...sebaik-baik perancangan ialah dari ALLAH .
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuknya disana . Semoga tenang dan di tempatkan digolongan orang yang beriman . Untuk family yang ditinggalkan , semoga diberikan kesabaran dan keikhlasan hati .
Kita bacakan Al-fatihah sekejap untuk Shea Rasol

Damailah disana Shea , dah beberapa bulan bertarung melawan cancer ... kini awak berada ditempat yang lebih tenang .
Beruntungnya kerana pemergiannya pada hari Jumaat di bulan Ramadan yang mulia. #SheaCancerFighter
Sebak ... tak leh nak tahan air mata ni 😢😢😢😢