Ba..ba.. baa... baa.. nana.. Agak lama tak tengok wayang di pawagam , hari Jumaat tu juga Lisa bawa budak-budak pergi tengok wayang ni ha ...Despicable me 3 ni tak silap keluar 17 June 2017 . Sekali sekala kan .. lagipun sabtu tak sekolah . My little boy salah seorang yang suka dengan minion ni , sampai la bag sekolah , bekas makan , baju , cadar , selimut pun ada gambar minion . Fuhh...
Despicable me 3 best atau tak ?
Best , dan rasa macam sekejap je tengok .Kalau tak best, mesti dalam hati .. " bila aih nak habis wayang ni " . Lisa bagi 4/5 bintang .. hehehehe . Budak-budak pun terhibur , cerita ni banyak buat kita tertawa la , semangat kekeluargaan pun ada .
Oh ya ... untuk cawan minion ni tak de dalam online . Jadi kalau korang beli tiket online ... kena beratus beli asing la untuk set makanan dengan cawan minion ini.
Sinopsis Despicable me 3
Ceritanya Gru dibuang kerja sebab tak berhasil tangkap penjahat . Then minions bg cadangan GRU untuk berbuat jahat semula, tapi Gru taknak . Dan tiba-tiba ...muncullah adik GRU iaitu kembar dia yang selama ini dia tak tahu pun ada kembar . Agaknya Gru percaya tak ye cerita tentang adik kembar Gru itu ? Ha... nak tau jalan cerita korang kena tengok sendiri la . Bestt woo...
Cuti sekolah nanti tengok la ye di pawagam terdekat , hehehe.... tak salah bawa budak-budak untuk happykan diorang sekali sekala ...