Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all articles
Browse latest Browse all 845

Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita

$
0
0

TIADA ARAH JODOH KITA

Assalamualaikum ! Sapa tengok cerita Lelaki Itu Pemilik Hatiku , rasanya dah nak abes drama tu .. ialah episod semalam Rashdan sebenarnya ialah adik dari Aiman . Lepas ini , Drama Tiada Arah Jodoh Kita akan menggantikan di slot Akasia , Isnin - Khamis jam 7 petang di TV3 dan bakal menemui penonton pada tahun 2018.. Nantikan drama adaptasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara . Pelakon Tiada Arah Jodoh Kita diantaranya :  Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu

SENARAI PELAKON Tiada Arah Jodoh Kita



Pelakon
Watak
Shukri Yahaya
Megat Aathif
Aprena Manrose
Afia Awliya
Hafeez Mikail
Megat Wakeel
Erwin Dawson
Fayyad Syakir

LAGU TEMA / OST

( akan update kemudian )


SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

GAMBAR PELAKON 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 845

Trending Articles