Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 845 articles
Browse latest View live

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

$
0
0
Adakah anda terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41? Tahniah diucapkan kepada anda! Anda kini berpeluang untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang mana pada tahun 2017 ini akan diadakan pada 3 November 2017.


ptd2017.jpg
Tahukah anda, berapa ramai diluar sana nak menduduki peperiksaan pegawai tadbir dan diplomatik tetapi mereka tidak layak. Saya betul-betul mengucapkan syabas kerana anda berjaya. Dan biasanya jika dipanggil menduduki peperiksaan online ini maka sebelah kaki anda sudah berjaya menjawat jawatan tersebut.

Pastikan Anda Terpilih Untuk Menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Kebiasaannya  sebelum anda layak menjawat jawatan PTD. Anda haruslah menduduki peperiksaaan  Pegawai  Tadbir  Diplomatik dan jika lulus akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain. Jika anda dijemput menduduki peperiksaan online. Biasanya anda akan menerima SMS seperti dibawah ;


Sekiranya anda tidak pasti atau tidak mendapat maklumbalas mengenai  Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini, anda boleh membuat semakan dengan melayari ke laman web berikut:


Anda diminta untuk masukkan kad pengenalan di dalam ruang yang disediakan (tidak perlu meletakkan tanda sempang atau -, hanya masukkan nombor sahaja, contoh: 750101101234). Klik pada butang Hantar dan sekiranya anda mendapat maklumbalas seperti gambar di bawah, maka tahniah! Anda kini terpilih untuk menduduki Peperiksaan.


Sebelum   seseorang   calon   dipanggil   untuk   menghadiri   temuduga   atau   menjawat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 calon tersebut perlulah lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan pegawai tadbir diplomatik m41 nanti, calon  perlulah  bersiap  sedia  sama  ada  dari  segi  fizikal  dan  mental. Mempunyai  ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa yang akan membantu anda menjawab peperiksaan pegawai PTD dengan baik.

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?


Peperiksaan online bagi pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 sudah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA). Calon-calon  yang sudah mengisi borang SPA dan dikategorikan sebagai layak sudah mula membuat persiapan kerana tarikh peperiksaan sudah pun diumumkan pada 3 november 2017.





Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 akan diadakan oleh pihak SPA pada 3 November 2017 ini nanti. SPA sebelum ini telah mengumumkan mengenai pengambilan PTD gred M41. Pihak SPA juga telah menawarkan jawatan ini kepada bakal graduan di semester akhir. Bersediakah calon-calon yang terpilih dalam Pegawai Tadbir Diplomatik M41? fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

PTD Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.


PAC bakal dilangsungkan dalam masa terdekat. Tahniah untuk yang mendapat panggilan. Ertinya anda sudah masuk ke tahap ke-2 selepas berjaya tapisan peperiksaan online sebelum ini. Syabas! Semak panggilan anda. Pastikan jika anda telah lulus ujian online tempoh hari, sepatutnya anda suah menerima email dan sms panggilan dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkaitan PAC ini.

Untuk sesi 2016/2017 berlaku perubahan format penilaian dengan kemasukan ujian fizikal di bawah skim Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Secara ringkasnya, ini yang akan anda lalui untuk penilaian 2 hari 1 malam ini;

Hari Pertama
  1. Pendaftaran dan taklimat
  2. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
  3. Esei Bahasa Melayu dan Inggeris
  4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Hari Kedua
  1. Pengucapan Awam Bahasa Melayu
  2. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris
  3. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris







Ambil Kesempatan Dengan Teknologi Untuk Berjaya Dalam Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Anda boleh berpakat dengan rakan-rakan yang lain! Penilaian ini akan dilangsungkan di tempat yang berbeza iaitu;

  • INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)
  • INTIM (Kampus Wilayah Timur)
  • INTURA (Kampus Wilayah Utara)
  • IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)
  • INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)
  • Kampus INTAN Sarawak
  • Kampus INTAN Sabah


Boleh cari calon di tempat yang sama untuk manfaat;

  • Berkongsi kenderaan ke sana
  • Persediaan bersama
  • Kenal terlebih dahulu. Penting kerana ianya akan mengurangkan rasa gemuruh anda di hari penilaian. Perlu ingat ada beberapa aktiviti berkumpulan di sana dan aktiviti pengucapan awam
  • Dapat sedikit maklumat dari calon yang menghadapinya lebih awal dari anda. Sesi pada tarikh berbeza

Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD



Bidang Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik


Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang tugas-tugas Pegawai Tadbir & Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:


1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri.

Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.


Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

  1. Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
  2. Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain
  3. Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat

Semoga berjaya dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 kepada calon-calon yang terpilih!

Contoh Soalan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Mengenai format Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41, ada perubahan berbanding dengan peperiksaan bagi tahun sebelum ini. Bagi tahun sebelumnya, format contoh soalan peperiksaan PTD dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu, pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan Ujian Psikometrik. Manakala format terkini 2017 bagi peperiksaan online format soalan terbahagi kepada dua bahagian.



Berikut merupakan format peperiksaan terbaru Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 yang perlu anda tahu:

Bahagian A: (Pengetahuan AM) - 40 minit
Bahagian B: (Daya menyelesaikan Masalah) - 45 minit

Calon peperiksaan hendaklah mengulangkaji terutamanya soalan seksyen daya menyelesaikan masalah. Latih tubi perlu dibuat bagi membiasakan diri anda dengan contoh soalan pada bahagian ini. Manakala untuk seksyen pengetahuan am, anda perlu peka dan prihatin dengan isu-isu semasa dalam negara juga luar negara.
Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.


Contoh soalan :

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.


i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


Contoh soalan :

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.


Contoh soalan :

iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).


Contoh Soalan :





Tips Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD M41

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dikelaskan sebagai skim jawatan M41 di dalam Sistem Perkhidmatan Awam . Walaupun jawatan ini boleh dikelaskan sebagai jawatan elit dan mudah untuk mendapat kenaikan pangkat, tetapi untuk mengecapi “kesenangan” ini bukanlah suatu yang mudah.



  1. Tenang dalam situasi tertekan

Ketenangan itu penting bagi calon menjawab soalan-soalan yang banyak dalam masa yang singkat. Tanpa ketenangan, calon akan berasa panik dan tertekan. Lalu, akhirnya calon tidak dapat fokus kepada soalan yang terpapar di depan mata mereka.

Tips yang saya boleh kongsikan di sini adalah calon haruslah membuat persiapan rapi sebelum menjawab soalan. Sediakan pen, kalkulator dan beberapa helai kertas kosong di sisi mereka bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian B yang memerlukan calon mengira dan menyelesaikan masalah.

Buku nota kecil serta peta minda calon juga perlu disediakan di sisi bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian A apabila calon terlupa tentang isu-isu yang sudah dibaca.

Jangan habiskan masa untuk tumpu pada satu soalan sahaja, tinggalkan dahulu soalan tersebut. Ini kerana masa akan terus bergerak jika calon tidak beralih ke soalan-soalan lain. Perkara yang paling penting dilakukan adalah doa dan tawakal. Setelah berusaha, kita harus doa dan tawakal kepada tuhan untuk mendapatkan ketenangan ketika menjawab soalan.
Menjadi PTD itu bukan perkara senang, tetapi memerlukan persiapan rapi daripada setiap calon. Calon-calon juga ditapis dan dipilih mengikut kelayakan akademik mereka sebelum diberi peluang menduduki peperiksaan PTD ini.

Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan gambaran jelas mengenai Peperiksaan pegawai  tadbir diplomatik, calon boleh dapatkan panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang dikeluarkan dalam masa terdekat

Panduan ini lengkap dengan contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan sekma jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut.


Walaupun banyak maklumat yang berkaitan dengan contoh peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 di carian google, di dalam EBOOK ini terkumpulnya semua maklumat yang akan membantu calon membuat persediaan awal lebih tersusun dan terperinci.

Apa Yang Terkandung Dalam Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Segala  ilmu  serta  info  yang  terkandung  di  dalamnya  merupakan  ilmu  serta informasi yang  real  yang  datang  dari  pengetahuan  serta  pengalaman  mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.



Jika anda mencari-cari buku rujukan untuk dibaca di kedai-kedai buku, anda tidak akan menjumpai sebarang buku khas untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Ini adalah kerana, skop soalan peperiksaan yang sangat luas dan melibatkan isu semasa. Isu semasa pula berubah-ubah. Jadi, tiada satu pun buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.


Testimoni Calon Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA :





CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA

$
0
0

CARA REEDEM FREE VIDEO WALLA 



Assalamualaikum ! beberapa hari lepas Lisa ada tulis artikel berkaitan free video walla sebanyak 100GB dan 30GB untuk pengguna celcom postpaid First GOLD PLUS dan FIRST GOLD . Sayangnya diberikan untuk customer yang baru , dalam erti baru melanggan celcom postpaid tersebut. Jangan risau , kini untuk pengguna sedia ada akan diberikan juga FREE Video Walla bermula dari 26 Oct 2017. Cara untuk reedem free video walla postpaid sangat mudah ianya hanya menggunakan apps MyCelcom Postpaid yang korang boleh download di Google Play dan juga Apps Store. 

CARA REEDEM FREE 30GB VIDEO WALLA  -PENGGUNA FIRST GOLD 


Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 30gb video walla bagi korang yang memang dah pengguna sedia ada First GOLD ialah : 
  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 30GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 

Video Walla ialah : Tonton video secara percuma  melalui apps seperti : Youtube , Netflix m Astro Go , Iflix , MOX , Dailymotion , Metro TV ,Herotalkies, Tonton , dan Dimsum . 



CARA REEDEM FREE 100GB VIDEO WALLA  -  UNTUK PENGGUNA FIRST GOLD PLUS , SUPREME , PLATINUM dan FIRST PLATINUM PLUS. 


Sama je yang diatas , Pastikan korang dah update apps MyCelcom Postpaid sebelum reedem free video walla ini. Cara untuk reedem free 100gb video walla  ialah : 

  1.  Buka MyCelcom Postpaid 
  2.  Pergi ke My Setting 
  3.  Pilih Free 100GB VIDEO WALLA 
  4. Tekan Process 
  5. Tunggu sms yang akan dihantar oleh celcom . Biasanya paling lama dalam 24jam , jika dah lebih 24jam tak ok juga, korang call operator di talian 1111. 
Rujuk gambar dibawah :



NOTA !
Promo video walla ini akan diberikan selama setahun , berkuat kuasa tarikh time korang reedem . Masa untuk reedem ini bermula dari 26 Oktober - 31 Disember 2017. Free Video Walla tidak akan diberikan jika downgrade package ke package yang lebih rendah .

Isi Kandungan BAJET 2018

$
0
0

Pembentangan Bajet 2018 telah dibacakan pada 27 Oktober 2017 . Berikut intipati atau Isi kandungan BAJET 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. 


INTIPATI ISI KANNGAN BAJET 2018 MALAYSIA



Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.
Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:

* merancak pelaburan perdagangan dan industri
* menuju Aspirasi TN50
* mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
* memacu pembangunan inklusif
* mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
* mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
* meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
* mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
*Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
*RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion



INTIPATI BAJET 2018 - 2


*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu.


INTIPATI BAJET 2018 - 4


*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM).

*Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.

*PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.

*Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.

*Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

*Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

*50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.

*Mulai 1 Jan 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam,Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.

*Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.

*Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.

*Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

*Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

* Peruntukan RM5 bilion dibawah Skim PembiayaanTeknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.

*Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.

*Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

*Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
*Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.

*Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

*Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.

*Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
















Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo

$
0
0

PERKAHWINAN SONG JOONG KI - SONG HYE KYO




Finally , wedding atau perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telahpun berlangsung hari ini 31 Oct 2017  . Setahu Lisa , Song Hye Kyo mula famous selepas berlakon dalam drama korea -  FULL HOUSE . Lagi satu.. drama Descendants of The Sun , setahun atau dua tahun lepas macam tu la Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo menjadi pelakon watak utama .. tak sangka hari ini mereka dah menjadi husband and wife . Alohh.. jangan sedih ye yang Crush dengan Song couple ni.. jangan patah hati nangis guling-guling ye . Hehehe.. 

Gambar Perkahwinan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo 


Kalau tengok betul-betul kan.. muka mereka ada iras macam kembar kan ? Meh Lisa kongsi gambar  #SONGSONGCOUPLEWEDDING . Dengar cerita mereka hanya menjemput keluarga dan kawan terdekat je , tetamu sebanyak 300 orang dalam majlis tertutup itu . Apapun , congratulations ! 












Blog Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) ?

$
0
0

Blog keluar Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) ?

Assalamualaikum , selamat hari Juma'at ! alhamdulillah dah dapat akses semula blog ciksepet.com ini. Menggelabah juga la sebab tak boleh buka blog , tak leh buka dashboard juga. Hampir-hampir nak tukar WordPress , hehe tapi tak cukup ilmu pulak . Hari rabu yang lepas , blog Whoops, that's an error! (bX-p7h0i) www.ciksepet.com tak dapat dibuka , dan keluar . Apa punca ? mungkin template atau mungkin juga google nak gurau manja agaknya . Apa yang perlu dibuat kalau keluar message  error (bX-p7h0i ) atau seangkatannya ? meh baca lebih detail . 


Cara selesaikan masalah Whoops ,That's an error ( bX-p7h0i ) 


Berikut Lisa akan kongsikan beberapa cara untuk selesaikan masalah Whoops , That's an error bX-p7h0i atau bX yang lainnya : 
  1. . Try refresh page dan clearkan chace yang ada . Biasa Lisa gunakan CCleaner . Restart komputer dan kemudian try masuk semula .
  2. Cara yang paling senang , try masuk web atau dashboard blogger.com menggunakan private bworser. Lihat di kanan atas komputer , ada tanda X ., bawah dia ada tiga titik bertindih . Tekan situ dan pilih New incognito window ( jika korang guna google chrome ) .
  3. Cara ketiga , korang boleh report problem ke google ke suport forum . tekan je di Whoops error tu ada . 

Semua cara Lisa dah buat , masih tak boleh guna juga. Untuk sementara Lisa tukar template ke clasic template . Jadi boleh la orang nak baca blog Lisa ., nak update pun boleh juga . Nanti dashboard blogger.com dah siap ... korang boleh tukar semula template tu ke asal . Jangan risau ok ! 










Kalau  kesemua cara tu masih tak berkesan , korang buat bodo je . Korang kena bersabar ,rileks , pergi tengok wayang ke.. tengok korean drama ke.. google  suruh rest tu . Hehehe.. bak kata blogger HH.  Hehehe.. tak buat lawak tau . tunggu je dalam masa 24 jam , blog akan kembali sedia asal . 


Punca dari whoops error ni mungkin dari template juga la . Ialah.template di blog Lisa ni dari 3rd party maksdnya buat sendiri . Mungkin ada la tu coding yang tak kena. Kena contact owner ni semula la ni . Tau menggelabah pulak kalau blog tak boleh akses ! hahah padan muka diri sendiri... 

Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly!

$
0
0

 Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly!


Assalamualaikum ! Hye .. pejam celik dah hampir masuk penghujung tahun 2017. Rasa macam cepat je masa berlalu . Oh ya, tak lupa 24 November nanti Cuti Sekolah panjang dah bermula, destinasi kemana yang korang akan pilih untuk percutian kali ini ? Hongkong , Medan , Ho Chi Minh , Surabaya , Korea .. dan banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi . Oleh kerana semua orang tahu 11/11 selalu ada JUALAN yang berlaku di mana-mana, jadi Traveloka juga akan melancarkan kempen khas untuk Penerbangan. Eh , belum bermula lagi tau. Make 11.11 Fly! hanya akan bermula pada 10, 11 dan 12 November 2017. Tiga hari jer tau. Ingat tau korang, TIGA HARI SAHAJA !!. untuk info yang lebih lanjut lagi , korang boleh layari laman website https://www.traveloka.com/en-my/  . Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 Fly!


Tak sabar tunggu JUALAN HEBAT Traveloka , Make 11.11 FLY ! 

Mungkin tak semua tahu bagaimana nak dapatkan tiket flight murah dan mampu milik. Bila merangka percutian, perkara yang paling utama sekali yang perlu dipertimbangkan adalah harga tiket flight. Harga tiket flight mempengaruhi hampir satu pertiga daripada kos keseluruhan. Disebabkan terlalu mengejar harga tiket flight murah, ramai yang tertipu dengan scam yang menjanjikan bulan dan bintang, harga tiket murah yang tidak masuk akal. So , Lisa sugest korang cari tiket dengan mudah hanya di Traveloka . 


Siapa yang tak tergoda dengan jualan hebat setiap akhir tahun weih . Bayangkan berapa banyak duit korang boleh berjimat jika tempah tiket penerbangan masa SALE . Salah satu pilihan yang selalu Lisa tengok ialah traveloka , kenapa traveloka ? sebab senang berurusan dan juga selalu buat promo . Hari biasa pun ada bagi diskaun coupun , apalah lagi nanti time SALE hujung tahun . Tak sabarnya tunggu promo Make 11.11 FLY ! Rasa nak tempah untuk honeymoon tahun depan pun ada .  Berapa banyak diskaun hebat yang akan dibuat kali ini ye ,, diskaun penerbangan tu , boleh la penuhi keinginan nak pergi Istanbul. Korang juga boleh ajak family ,kawan , rakan satu tempat kerja , jiran , semuaa untuk tengok promo ini ,.. mana tahu kan mereka join sekali pergi beramai-ramai , mesti percutian rasa lebih seronok ! 




APLIKASI TRAVELOKA

DOWNLOAD APLIKASI TRAVELOKA DI SMARTPHONE  


Sekarang semua dihujung jari , sebab tu explore traveloka lebih mudah dengan aplikasi di google Play atau Apps Store , search je nama "traveloka" . Jadi tak akan terlepas peluang untuk dapatkan promo diskaun penerbangan atau hotel untuk bercuti . Iyalah , pergi bercuti tempah flight tu memang wajib , pastu tempah hotel sekali penginapan selama korang bercuti dinegara orang . Pilih yang selesa dan juga tak perlu keluarkan banyak duit ketika bercuti . Manfaatkan peluang yang ada , jangan lupa save date 11.11 nanti . Tinggal beberapa hari saja . 

Guna App Traveloka Lebih banyak Diskaun HEBAT ! 


Tips : Tahukah anda jika guna app traveloka , harga lebih jimat dan murah berbanding di website . Dah la memang harga murah , tapi dekat app ada tambahan DISKAUN HEBAT.  Mudahkan urusan penempahan hotel/flight, cepat dan selamat.

Lagipun korang boleh buka app tu bila-bila masa dan dimana sahaja , ketika lepak dengan kawan ke , tunggu orang ke , tengah baring pun boleh. Buka app scroll dan pilih. Mudahnyee... !

TRAVEL, Made Simple.
Sudah tiba masanya untuk anda bergerak ke Traveloka App! Mengalami cara yang paling mudah dan paling cepat untuk tempahan penerbangan murah dan hotel dalam masa kurang dari satu minit.

Lisa teringin la juga tengok sendiri keindahan negara orang . Selain dari ISTANBUL , Lisa juga teringin nak pergi ke KOREA ! Tengok dalam drama Korea ni macam menarik tempat-tempat yang untuk shooting tu . Selalu tengok kawan pergi je , bila lagi nak pergi kan . Berjalan disana perlukan duit yang agak banyak juga la termasuk dalam kos penginapan , trasnport , makanan , dan juga penerbangan , dah namapun berjalan di negara orang. Tak sabar nak checkout traveloka Make 11.11 FLY ! ini , pastinya traveloka akan berikan diskaun yang menarik. Promo yang tahun lepas boleh tahan murah weih , rugi tak book hari tu .


HONEYMOON DI CAPADOCIA 

Kenapa pilih Istanbul , sana ialah tengah-tengah diantara  beberapa benua  . Selain dari itu , teringin nak pergi Haiga Sofea ... gereja yang kemudian dijadikan sebuah masjid . Banyak tempat menarik mengenai islam , dan juga bangunan-bangunan yang unik disana. Teringin pergi sana lepas tengok movie ISTANBUL aku datang ! alah,,, yang dilakonkan Lisa Surihani dan Betto khusairi tu .  Taklupa honeymoon di  Cappadocia , nak naik balon udara gitu.. auwww so sweet !

Since ada 2 tempat yang Lisa nak pergi , kena buat  perancangan secara bijak dan jimat untuk travel nanti  . Jangan dah lepas pergi nanti jadi papakenada , duit habis tuk bercuti saja. Bagaimana nak melancong secara jimat ?

Rancang destinasi pilihan

Pilih lokasi yang sesuai dengan bajet yang korang ada. Baik dalam mahupun luar negara, pastikan bajet mencukupi untuk keseluruhan percutian, dari pergi hinggalah pulang semula ke rumah.


Jangan sesekali pergi travel tanpa membuat persiapan yang rapi. Kena ada itinerari dan backup plan Buat persediaan 2 bulan sebelum. Kalau sudah ada perancangan destinasi, segerakan membuat research tempat-tempat yang harus dilawati. Korang boleh mula mencari tempat penginapan, tempat makan dan sebagainya. Berjimat dekat hotel dan flight melalui promosi2 yang ada dan planning dari awal


Guna kelebihan internet untuk mencari tempat yang termurah dan memuaskan hati. Salah satu caraialah guna apps dan juga laman web yang sedia ada untuk anda buat perbandingan harga hotel, penerbangan dan sebagainya. Baca komen-komen orang yang terdahulu dan pilihlah lokasi yang paling sesuai untuk anda mengalami pengalaman yang menakjubkan. Jangan lupa checkout Traveloka Make 11.11 FLY, minimum 2 pax include return ticket and destination anywhere.



Mestilah kena bijak cari tiket penerbangan pergi dan balik , yang murah dan selesa barulah berbaloi . Betul tak ?



Jika Lisa diberikan peluang , Lisa nak ajak mak dan ayah jalan-jalan . Lepas tu bercuti dibeberapa tempat dengan kawan, girls day out la katakan . Pergi Langkawi ka ,, Sabah ke .. pergi Kelantan , Terengganu.. tempat yang Lisa tak pernah jejak lagi . Tempoh hari ada plan juga nak pergi Jepun , semoga jadi pergi untuk book date tahun depan . Tik tok tik tok ... rasa debar pula menunggu  10 , 11, dan 12 November ini . Rasa macam nak tunggu orang masuk minang. Hek hek... Traveloka ni pandai la wat kita berdebar-debar , ternanti pakej dan promo tiket penerbangan Destinasi yang tentunya OH SEM ! 



So jangan lupa join sekali dengan Lisa untuk promosi yang akan diberikan oleh TRAVELOKA sampena Make 11.11 FLY !




Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku

$
0
0

Lelaki Itu Pemilik Hatiku


Daddy Shark Zul Arifin dah habis dah minggu lepas , Drama Akasia Tv3 yang baru pula bertajuk "Lelaki Itu Pemilik Hatiku" . Kalau korang ingat lagi drama Sayangku Kapten Mukhriz , nah.. drama ini dilakonkan hero yang sama juga iaitu Raja Afiq . Heroin pula Puteri Aishah , alaa... cikgu yang pernah viral dulu sebab dapat surat cinta time mengajar dulu. Lisa ingatkan dia ni adik Reen Rahim , hehehe ada iras iras juga . Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku diantaranya : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan,  Hafiz Nolan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea . Korang boleh tonton di TV3 setiap hari Isnin - Khamis pukul 7 petang . 


Senarai Pelakon Lelaki Itu Pemilik Hatiku


Nah untuk lebih detail lagi , Lisa bagi senarai watak pelakon yang memeriahkan dalam drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku


PELAKON
WATAK
Luqman Hakimi
Puteri Aishah
Nurin Kamila
Syazuwan Hassan
Aiman/Rashdan
Julia Farhana Marin
Andrea
Natasya Mahyan
Yani
Liza Abdullah
Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil
Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad
Zaimah
Shira
Hafiz Nolan
Airel
Ariff Aziz
Mokhtar
Anne Arifin
Norlin
Adiba Yunus
Liza HR
Ennie Sulastri
Shima
Fad Anuar
Murad

LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU

Wany Hasrita - Menahan Rindu

SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU


Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.

Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.

Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hot Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

GAMBAR PELAKON Lelaki Itu Pemilik Hatiku



    credit : Myinfotaip.com 




Biodata Syazuwan Hassan

$
0
0


Boleh tahan handsome juga ye Syazuwan Hassan ini. Pelakon watak ASP Aiman dalam drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku . Rasanya sebelum ini pernah nampak dia juga la , di drama Astro Cik Serba Tahu . Ahaks.. patutla muka familiar kan .  Syazuwan Hassan merupakan salah seorang artis baru Malaysia. Bakat beliau mula dicungkil melalui festival Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan menjadi finalis. Untuk Biodata Syazuwan Hassan ini korang boleh baca dibawah ini . 



Biodata Syazuwan Hassan



Nama Penuh           : Muhammad Syazuwan bin Hassan
Nama Panggilan     : Syazuwan Hassan 
Kelahiran                :  17 April 1990 (umur 27)
Asal                        :  Selangor, Malaysia
Warganegara        : Malaysia
Nama lain       : Syazuwan DFKL
Pendidikan      : Diploma Komunikasi dan Pengajian Media
Pusat pendidikan: Universiti Teknologi MARA (UITM)
Pekerjaan        : Pelakon, pengacara
Drama                   : Ketupat Palas Mr. Handsome , Mr. Donat Karamel, Sein Dan Luna , Nahu Rindu , Cik Serba Tahu  , Lelaki Itu Pemilik Hatiku , Muzium Misteri 

Tahun aktif        : 2014 - kini
Ketinggian        : 6 ft 2 in (1.88 m)
Laman web      : @syazuwanhassan


GAMBAR SYAZUWAN HASSAN





Lazada 11.11 Online Revolution: Shop The Universe

$
0
0

Lazada 11.11 Online Revolution: Shop The Universe


Assalamualaikum ! Hai korang... tinggal 2 hari lagi debaran untuk tunggu SALE gila gila 11.11 . Banyak jenama dan tempat shopping yang bagi sale gila-gila . Biasanya akan berlaku dari pada hujung tahun . Kalau bertuah la kan boleh dapat harga yang murah teramat sangat weih . Seperti tahun lepas , Lisa tak nak ketinggalan dengan JUALAN HEBAT LAZADA ONLINE REVOLUTION  : SHOP THE UNIVERSE yang bermula dari 11.11 sampailah 14.12 nanti . Apa la ye barangan yang Lisa nak beli kali ini.

Barangan yang pertama kali beli secara online


Ada sesetengah orang ni takut kalau beli barangan online. Takut tak dapat barang , takut kuantiti tak elok , dan ada yang takut kena skem la katanya . Lazada ? Beli barang online ? boleh dipercaya ke ? ... Ha.. tau dah , mesti soalan tu akan bermain di fikiran korang . Jangan risau , Lisa dah beberapa kali beli dari Lazada , dan semua selamat sampai tangan . Barangan pertama yang Lisa beli secara online , Urm... agak lupa-lupa ingat sebenarnya , iyala.. dah banyak kali beli barang secara online , mana nak ingat kan . Rasanya kalau tak silap... Lisa beli Filter lense untuk DSLR Canon 60D . Kualiti OK , harga pun murah . Pastu penghantaran cepat ... membeli belah dalam talian ? WHY NOT...


Jenis produk mana yang Lisa lebih suka membeli dalam talian?


Bercakap tentang beli produk secara online , biasanya Lisa akan beli barangan untuk DSLR atau kamera seperti lense ,backdrop untuk photoshoot  , pastu Makeup , Skincare , dan yang terkakhir Lisa beli haritu ialah Korset. Hahaha...murah berbanding beli dengan seller IGSHop weih . Kenapa nak belanjakan lebih kalau dapat yang lebih berbaloi ,, ye tak ? zaman sekarang ni kena bijak berjimat, tidak nanti habis la gaji kita wakk. 

Apa Yang Lisa Suka Online Shopping ? 


Sekarang ni zaman serba canggih dan moden , semuanya boleh dihujung jari je . Yang Lisa suka dengan Online Shopping ini diantaranya sebab 
  • Jimatkan masa dan tenaga , Tak perlu susah nak bersesak dengan ramai orang .
  • Kualiti elok , iyelah barang sama mana tak eloknya .. bukan beli barang fake , 
  • Tak perlu berpanas dan tempuh jem . 
  • Jimat duit .
  • Lebih banyak diskaun 
  • Boleh bandingkan kedai A dengan Kedai B 
  • Banyak Pilihan 
dan banyak lagi la... nk list kan takut sampai esok tak habis baca nanti . hihihi. 

Produk Yang Nak Lisa Beli Semasa Online Revolution Sale 


Dari tahun lepas lagi Lisa nak beli  Sony E 35mm f1.8 OSS SEL35F18 Mirrorless Lens untuk my beloved  mirrorless Sony a5100 . Tahun lepas nampak ada SALE tapi tula duit takdak lagi. Harap tahun ini dapat beli dengan harga diskaun kaw kaw. Ni belum sale je dah nampak diskaun -26% mana tau nanti dapat potongan harga 50-70% ... wuih.. terus shopping Lisa . 





Senang la nanti Lisa keje sebagai bloger kan , boleh snap gambar makanan, gambar review , bawa pergi berjalan , event . Nampak tak disitu banyak kegunaan dia . Bukan saja-saja nak beli . 






So apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai serbu Lazada , setahun sekali je Online Revolution dengan diskaun gila-gila seperti ini. Save the Date JUALAN HEBAT LAZADA ONLINE REVOLUTION  : SHOP THE UNIVERSE  bermula dari 11.11 sampai 12.14 2017. Jangan Ketinggalan !


5 Barang Hiasan Rumah Untuk Mencantikkan Rumahmu

$
0
0


Assalamualaikum selamat pagi ! Cantik bukan living room ni ? hehe.... pejam celik dah hampir masuk setahun beli rumah . Tiada orang duduk dalam rumah tu , dalam masih kosong . Nak masuk barang dekat rumah baru ni agak makan kos juga la .  Beli Sofa, katil , tilam ,peti sejuk , dapur , mesin basuh .. dah banyak lagi . Rumah tu baru dicat ikut warna kesukaan dan juga pasang penghawa dingin . Yang lain ? masih belum beli ..haha tunggu ada duit la . Tinggal beberapa bulan  lagi nak duduk rumah tu , so kena la mula isi dengan perabot dan hiasan rumah la bagi ceria sikit rumah tu tak nampak kosong je . 



5 Barang Hiasan Rumah Untuk Mencantikkan Rumahmu 


Ruang tamu yang masih kosong , eh yang gambar pertama  tadi bukan ruang tamu milik Lisa.. google je tu ,hehe. ..mewah sungguh , poket pun tak berapa nak tebal ni huhu . Lisa lebih suka konsep minimalist , simple , kemas tapi cantik . 


Memandangkan dinding tu masih kosong , rasanya perlu ditambah dekorasi agar nampak lebih ceria . Boleh letak barang yang berwarna warni sikit diatas rak dinding. Sebab Lisa sukakan yang simple sahaja ., rak dekorasi 3 line ni sesuai untuk letakkan barangan seperti pasu dan tanaman hijau , buku , juga gambar saiz sederhana . Pastu tambah la sedikit hiasan . Eh rak ini seharga rm 40.00 sahaja tau . Murah kan ? Kuat dan tahan untuk meletakkan barang-barang di atasnya . 

Rak decoration ini hanya seharga rm40.00 murah dan berbaloi weih .


Ruang bersantai atau berehat . 


Ini pula ruang di tingkat pertama , yang ni simple warna hitam dan putih sahaja . Lampu warna purple , Lisa ingat nak letakkan warna hijau sikit supaya ada aura nature di ruangan tu . Mana tau tengok tv lama ni akan buat pening dan sakit mata . Letak pasu dilantai takut nanti ada budak-budak , pecah pula jadinya . Letak asker ikea with plant didinding tu ok juga kan , ye tak ?. Dengan warna hijau sejuk mata memandang . Orang kata elak mata lelah ni boleh berkurangan jika tengok tanaman hijau . 

Asker ikea with plant ini hanya seharga RM 5.00 sahaja, murah bukan ? Barang yang cantik tak selalunya kena beli dengan harga mahal .Kena pandai survey dari beberapa tempat. 


Tempat untuk bersantai , letak karpet bulu -bulu yang lembut . Dulu Lisa beli karpet bulu ukuran 200 x 300meter dengan harga rm350. Karpet ni ada banyak jenis bulu dan kualiti , ada yang cepat tanggal , ada yang bulu kasar , ada yang bulu halus , ada yang bulu kuat tak cepat tanggal ..haa.. korang kena survey tau . Jangan asal beli je . Karpet bulu-bulu putih ni seharga 230.00 . Ok la jugakan , boleh bersantai diatasnya dan juga shoot produk review di karpet ini. Hahhaha multifungtion gitu . 


 Harga untuk Exclusive fur carpet ini  rm230 , ukuran 180x120cm . Murah dan pastinya limited stock weih kalau warna putih ni . 


Hiasan Rumah Untuk Bilik Tidur

Ini benda penting yang Lisa rasa wajib beli ! ahakss... Katil dan set perabot untuk bilik tidur. Harga untuk seti 4 dalam 1 ni hanya rm 1,119.00  sahaja weih . 4 in 1 untuk : 

~ katil queen
~ Almari 4 pintu + top
~ Dressing table
~ Side table

Murah juga ni . siap ada dressing table. Boleh sekali beli , lagi jimat . Haritu tengok bilik lain beli set pun dah RM 5,000.00 , Katil Queen , Almari . Dressing table dan side table .



Yang terakhir , Drawer Makeup . 

Ehem.. yang ini tak perlu Lisa explain panjang lebar la . Hehehe.. dah hakikat seorang perempuan mesti tak dapat lari dari barangan make-up . Jujur Lisa akui banyak gila barang makeup atas meja tu  , beli tu jarang ... review produk-produk kerjanya sebagai blogger kan kadang dapat review barangan makeup tak pun , barang makeup tu dapat dari anak boss, perempuan dia beli sekali untuk Lisa .best kan !  sebab itula barang make-up jadi banyak tu belum termasuk skincare lagi . Nampak lebih kemas kalau diletakkan didalam drawer makeup .  Dah lama riki-riki untuk beli drawer makeup . tapi itulah harga boleh tahan mahal . Tapi... Lisa nampak hari tu ada yang jual hanya dengan harga rm50.00 sahaja . Apa tunggu lagi , memang terus nak grab la . Murah weih . 



Itu sahaja yang Lisa nak ceritakan , 5 barang hiasan rumah untuk mencantikkan rumahmu. Ada banyak lagi yang perlu dijadikan wishlist hiasan rumah ni . Tapi nanti korang bosan pulak . Sambung artikel yang lain nanti la . Terimakasih sudi baca !  






ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM , Mudah Dibawa Kemana Sahaja

$
0
0

Enchanteur Paris Petite Parfum

Assalamualaikum , selamat pagi ...
Bekerja dalam mall tak dapat dielakkan bercampur dengan berbagai orang . Adakalanya Lisa  jalan kaki untuk beli makanan diluar , asap kendaraan , bau asap dapur , bau tokong cina..bercampur campur jadinya . Jadi untuk elak baju berbau hapak, biasanya Lisa bawa perfume dan letak di tempat kerja . Diantara banyak perfume , Enchanteur Paris jadi wangian favorite . Bau dia lembut dan tahan lama . Baru-baru ini Enchanteur keluarkan wangian yang baru dalam size yang kecil , comel dan mudah dibawa kemana sahaja . Nampak tak beg Enchanteur yang Lisa pegang tu , ye wak... itula packing wangian terbaharu mesra beg tangan yang diberi nama Enchanteur Paris Petite Parfum . Walaupun size kecik tapi tahan lama tau . 


Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja


Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.


Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)

Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)

Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)

Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara. 

Lirik Lagu Perfect - Ed Sheeran

$
0
0

Lirik  Perfect - Ed Sheeran 


Heii... beberapa hari lepas kan , Mr. Hati Batu bagi link video kat youtube suruh dengar .  Lisa buka je la , then dengar.. ehh best pula lirik lagu tu , rasa sweet semacam je . alaaa.. bukan selalu kan . .hahaha. Dia bagi lagu "Perfect" , yang dinyanyikan Ed Sheeran . Lirik lagu perfect -by Ed Sheeran korang boleh baca dan dengar di bawah ini juga . Bagi pasangan korang pun romantik juga tauu hehee. 

Lirik Lagu Perfect  by Ed Sheeran 

I found a love for me
Darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl, beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me

'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow
Your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine


Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When you said you looked a mess
I whispered underneath my breath
But you heard it,
Darling, you look perfect tonight

Well, I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own

We are still kids but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When I saw you in that dress
Looking so beautiful
I don't deserve this
Darling, you look perfect tonight

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight

Biodata Puteri Aishah

$
0
0
Ingat lagi tak cikgu Aishah yang dapat surat cinta dari anak murid tu , ha... Puteri Aishah selain menjadi cikgu , ternyata dia juga seorang model dan pelakon tau . Sekarang ni Aishah berlakon dalam drama TV3 Slot Akasia , Lelaki itu Pemilik HatikuPernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015 . Nak tahu lebih detail lagi , Biodata Puteri Aishah ada dibawah . 


Biodata Puteri Aishah



Nama Penuh: Puteri Aishah binti Sulaiman
Nama Panggilan: Puteri Aishah
Tarikh Lahir: 6 Jun 1994
Umur: 23 (2017)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon, Model, Guru
Pendidikan : Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Pencapaian: Pernah Sertai Program Dewi Remaja 2014/2015
Drama: Cik Cinderella dan Encik Tengku, Kahwin Muda, Jasmine, Cinta Roller Coaster (2016)
Telefilem: Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya
Laman Sosial:
Facebook: Puteri Aishah
Twitter: Puteri Aishah 

Gambar Puteri Aishah 




RANGKAIAN ANTI PENUAAN SAFI RANIA GOLD

$
0
0

Rangkaian Anti Penuaan Safi Rania Gold


Assalamualaikum ! Hye..Tinggal beberapa hari lagi akan tiba hari kelahiran Lisa yang ke.... tutttt..... Aih terasa tua pula nanti ,Walaupun umur dalam kategori 'Remaja" tapi muka maintain comel dan macam budak sekolah , eh eh.. ni bukan angkat bakul sendiri tau ..ramai orang yang jumpa Lisa untuk kali pertama , mereka akan tanya.. hari tak sekolah ke dik ? gitu... aku rasa muda pula hihi. Semakin berusia , kenala jaga  kulit terutama bahagian wajah. Kedutan , bintik hitam pori-pori membesar memang tak payah cakap la .. masalah kulit yang kaum wanita risaukan . Nampak Nora Danish duta Safi Rania Gold , teringin nak pakai sebenarnya . So... kali ini Lisa berkesempatan untuk mencoba sendiri Rangkaian Anti Penuaan Safi Rania Gold , ... agaknya apa feedback yang akan Lisa kongsi ?


Safi Rania Gold , Tawan Daya Muda 



Jangan Selidung kesan penuaan . Tawan daya muda dengan teknologi Beetox baharu.

SAFI RANIA GOLD yang baru ini , rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formulasi TEKNOLOGI BEETOK dan BIO NANO GOLD 24K.. agar andabolehtampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memutih pada kadar muda remaja. Sesuai sangat dengan Lisa , nak nampak seperti muda remaja selalu .. hehehe.

NANO GOLD 24K - ia menyerap kedalam lapisan dermis dan merangsan kolagen agar tekstur kulit lebih ajal dan halus , malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebihketara.

Selain dari NANO GOLD 24K ,  juga ditambahkan dengan HONEY , ROYAL JELLY, PROPOLIS , dan BEE VENOM. Hasilnya kulit lebih anjal dengan trona sekata agar wajah muda remaja . Wow... Meh Lisa kongsikan beberapa khasiat yang ada dalam rumusan tu :

  • Honey - Merupakan pelembab semula jadi untuk mengekalkan lembapan dan meningkatkan keanjalan seta kehalusan kulit . 
  • Royal Jelly - Kaya dengan 20 jenis asid amio , vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress & Tidak bermaya . 
  • Propolis - Merupakan Anti Oksidan semula jadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal . 
  • Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah . Hasilnya , kulit menjadi lebih anjal . 

Cara penggunaan Safi Rania Gold 



1. Pembersih Wajah - Royal Jelly

Pertama kali macam biasanya lah , Lisa bersihkan wajah dulu dengan Safi Rania Gold pembersih wajah - Royal Jelly dari set  Safi Rania Gold . Formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan membersih secara mendalam . Jangan lupa tutup mata ye kalau mencuci muka  . Lisa suka bau pembersih wajah ini.. sedapp! 
Safi Rania Gold pembersih wajah






 2. Esen Emas Keremajaan ( Honey )

Langkah kedua selepas membersihkan wajah , Lisa gunakan Esen Emas Keremajaan ( Honey ) Safi Rania Gold . Esen Emas Keremajaan ini berfungsi untuk mengunci kelembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluranic Acid serta menyediakan kulituntuk menyerap produk seterusnya . 



Ha.. nampak tak gold keemasan dalam cecair tu . Best woo pakai ini, cepat meresap dikulit. 


3. Eliksir Keremajaan - BEETOX & PROPOLIS 

Langkah seterusnya Lisa gunakan Safi Rania Gold  Eliksir Keremajaan - BEETOX &  Propolis .  BEETOX , Nano Gold 24k & Vitamin C berfungsi meningkatkan keanjalan 3x , merawat pada lapisan epidermis  dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan . 



Goncang dulu sebelum pakai , pastu teteskan diwajah dan ratakan .

Teknologi BEETOX berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memulih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semula jadi . Diperkaya dengan Propolis +Bee Venom dan Nano Gold sebagai agen antipenuan dan antibintik hitam . 


4. Safi Rania Gold - Krim Pelembap Siang SPF25pa++IR*

Dan langkah terakhir , Lisa sapukan Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR* , yang berfungsi untuk melembap dan mengukuhkan stukrur kulit agar tahan sinaran UVA , UVB , & InfraRed  ( IR) . Sapukan diseluruh wajah dan leher. 



Oh ya , untuk malam hari korang boleh sapu Safi Rania Gold - Krim Pelembab Malam yang diperkaya Royal Jelly . Cepat menyerap dan merawat ketika tidur malam untuk menguatkan sel kulit , menghilangkan stress pada wajah.


REVIEW LISA 

Lisa memang dah teringin nak pakai rangkaian antipenuaan SAFI RANIA GOLD , tapi itulah takut tak sesuai dengan kulit Lisa . Jadi Lisa cuba yang set ini dulu. Ada banyak jenis dalam set SAFI RANIA GOLD ini , aLisa pilih ikut keadaan kulit Lisa . Dah pakai dalam beberapa minggu , hasilnya ok pula kat kulit muka , sesuai dengan kulit . Hehehe.. alhamdulillah takda alahan jerawat seperti yang dirisaukan selama ini. Kulit lebih anjal dan halus weih.. suka suka. Mana tau ada rezeki jadi duta safi rania gold pula lepas ini , hahaha berangan lebih je kan . 

Oh ya.. pesan Lisa  , pilih set rangkaian antipenuaan Safi Rania Gold yang sesuai dengan keperluan dan kondisi kulit muka korang ok .



Fungsi SAFI RANIA GOLD 

  • Kulit menjadi lebih anjal 
  • Kehalusan kulit meningkat , 87 % orang yang pakai Safi Rania GOld merasai kulit mereka semakin halus dan kurang kasar. 
  • Pemulihan tona kulit , pengurangan pigmentasi kulit .
  • Pengurangan pada bahagian kedut . 


Untuk Info selebihnya boleh layari :
WEBSITE : www.safi.com.my
Facebook  : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram  : www.instagram.com/safimalaysia

Nikmat Berkongsi Rezeki

$
0
0
Assalamualaikum , 

Walaupun cerita minggu lepas , tapi Lisa nak kongsi juga. Jumaat Pagi,  Lisa dapat breakfast dari Boss, memula ingat dia nak belikan nasi lemak ...adeh konfirm Lisa tak boleh makan nanti . Tapi nasib baik dia balik tu bawa sebungkus bihun goreng. Macam biasalah kan kalau beli dekat kedai makan , akan ada irisan atau potongan ayam nipis- nipis tuk tambah sedap . Tapi memang sedap pun bihun goreng tu . Sedap orang belanja atau memang masak sedap itu ? entah la.. heheh sedap sebab perut lapar kot atau mungkin nikmat berkongsi rezeki ?

Nikmat Berkongsi Rezeki 


Jadikan cerita , kat belakang tempat kerja ni ada kedai kosong terbiar macam tu je yang dulunya kedai makan mamak. Time aku tengah makan tu , terdengar suara kucing meoww meooww... kelaparan . Aku letak air dalam bekar tuperware plastik dan letak depan pagar pintu , dah jadi kebiasaan  bagi kucing2 jalanan singgah minum . Ok ... lepas tu aku berdiri depan pagar , mak kucing memandang Lisa dengan sayu.. alahai... kesian pula . tak ada makanan yang nak diberikan .

Pastu Lisa tinggalkan kucing tadi ... Lisa pergi kat bihun goreng panas howt. howtt...
Lisa belek-belek.. ternampak lak ayam . Erm.. kunyah ..nyum nyum.. sedap juga ...

Meoww... meoww..


Suara kucing tu terdengar lagi , adeh.. rasa nak nangis pun ada . Kasihan juga.. so aku bagi la irisan ayam yang ada dalam bihun goreng tadi . Berapa la sangat kan iisan ayam tu , tak banyak. Takpela.. rezeki kucing tu . Lisa letak dekat bekas minuman kucing tadi . Si Mak kucing datang mendekat.. lalu gigit ayam tu . 

Lisa ingat dia nak terus telan , eh dia berlari masuk dalam bangunan kosong tempat anak kucing tadi meoww meoww. Dia bagi anak kucing makan rupanya . Siannya ... irisan tu tak seberapa pun , yela pengorbanan seorang ibu .  Lisa tak habis makan bihun tadi ... Lisa letakkan di tempat bekas minuman tadi semula . Dan.. dua beranak tu keluar dari bangunan , then jamah la bihun tadi . 

Ya allah... spechless gila ... dalam rezeki kita jangan lupa ada rezeki untuk yang lain juga. Rezeki kucing tu .. 

Lepas tu pergi kerja kat branch satu lagi dalam mall . Nak tahu tak , ... ada customer yang ni belanja Lisa KFC Snack plate ( tak tau eja betul ke tidak )  . Nampak tak... Allah bayar cash kebaikan yang kita buat pasti akan membuahkan hasil, sama ada cepat atau lambat. Nikmat berkongsi rezeki , irisan ayam diganti dengan 2 ketul ayam . ... 




😄







PERCUMA 10GB INSTAGRAM Untuk Pengguna XPAX

$
0
0


PERCUMA 10GB INSTAGRAM Untuk Pengguna XPAX

Assalamualaikum ! Hello apa kabar ? Hari Isnin jangan nak monday blues sangat laa.. Ni Lisa ada kabar gembira tuk korang pengguna XPAX. heheh hari tu ternampak di twitter , ada status yang bgitau  dia dapat PERCUMA Internet 10GB untuk INSTAGRAM . Eh biar betul ? Dalam fikiran Lisa .. mungkin iya la tu ada promo tuk beberapa orang .. tapi ternyata memang betul ada free 10GB instagram untuk semua pengguna prabayar celcom xpax . Menarik bukan ? Sapa taknak.. Kalau nak tau lebih detail , meh baca sampai habis ya . 

Cara Dapatkan PERCUMA 10GB Instagram bagi pengguna XPAX 

Bermula dari 2 November 2017 , celcom ada buat promo Percuma 10GB Data Instagram . Mesti korang akan tertanya-tanya bagaimana cara untuk dapatkan FREE 10 GB DATA  INSTAGRAM , Caranya senang je , korang hanya perlu melangan internet xpax baik untuk sehari , seminggu , atau sebulan . Tempoh masa untuk FREE INSTAGRAM itu ikut dengan pelan internet yang korang dah langgan.



Syarat Dan Terma 

FREE 10GB INSTAGRAM

  1. Promosi Instagram akan bermula pada 2 November 2017 dan sebarang pelanjutan selanjutnya akan dimaklumkan oleh Celcom dari semasa ke semasa.
  2. Instagram adalah promosi dan mungkin tertakluk kepada sambungan lanjut.
  3. Pelanggan akan menerima kuota Instagram 10GB percuma apabila Pelanggan membeli Pelan Internet yang tersedia di bawah Terma dan Syarat ini.
  4. Tempoh kesahihan Instagram 10GB percuma akan mengikuti kesahihan Langganan pelan Internet terkini. Kalau langgan sehari , maka sehari tu la tempoh masa untuk free instagram tu.
  5.  If korang ada langgan internet lebih dari satu , maka internet data instragam itu tidak akan burn / hilang , dan tidak akan dibawa kehadapan atau ditambahkan dengan pelan yang lain .

Untuk pelan internet korang boleh langgan seperti artikel yang Lisa dah tuliskan sebelum ini di : PELAN INTERNET CELCOM XPAX TERBARU 2017 




So apa tunggu lagi ... , jom langgan dan nikmati 10GB Instagram secara percuma !
Bye.. jumpa di artikel seterusnya .. 

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

$
0
0

Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin' Chicken


Hye... ! Assalamualaikum ..lama tak share entri makan-makan . Dulu Lisa pernah kongsikan Spicy Burger Korea McD , sekarang  kita try menu yang lain pula . Korang dah try tak menu baru Burger Mcd , " Spicy Chicken McDeluxe Hot & Kickin Chicken" ? Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ? Ada yang cakap pedas , ada yang cakap rasa dia standart je . So kena la cuba sendiri baru tahu , pedas ke tak .. hehee. Minggu lepas Lisa baru berkesempatan makan dan rasa sendiri burger Spicy Chicken McDeluxe. Nak tau juga la berapa rate kepedasan , sampai ada challenge yang makan Burger ni tanpa minum air .

Spicy Chicken McDeluxe Pedas Tak ?

Ada 2 Menu yang boleh korang coba , sama ada nak ambil yang Spicy Chicken McDeluxe atau Double Spicy Chicken McDeluxe . Untuk Lisa , cukup yang biasa-biasa je .. sebab takut nanti tak habis pula. Lagipun bukannya Lisa boleh makan ayam sangat ! Uhh... makan ni pun tak habis. Suruh kawan habiskan ...hihihi. 

Satu set Spicy Chicken McDeluxe , ada Burger  , Fries , air coke , sebabkan Lisa tak minum air ber-gas .. Lisa tukar dengan Mc Coffee Cappuccino . Orang cakap sedap, Lisa nak cuba juga. 



Spicy Chicken McDeluxe , Ya.. burger ni ada ayam , sayur , mayonese , dan roti bun . Takde timun , hihii.. takde letak cili powder. Lebih kepada rasa dekat daging tu 



 So simple , am i right ? kosong dan kecil sahaja bukan ... 


Gigitan pertama , rasa pedas juga ... tapi kurang umph... korang nak pedas kena tambah cili sos tu baru terkeluar rasa pedas tu . Tapi takde la pedas sangat macam ayam McD yang spicy tu , tu memang betul-betul pedas. Lisa pun tak boleh tahan . Gigitan ketiga dah tak rasa pedas tu , yang rasa masin ayam tu jek . Hahaha... adeh . Tapi ini komen dari Lisa yang memang makan pedas la , korang yang tak biasa makan pedas ... jangan pula terus tuang sos cili pada gigitan pertama . Kang sakit perut ,Lisa tak tanggung jawap tau . 

APAKATA LISA Tentang  Spicy Chicken McDeluxe Pedas  ? 
Review Lisa lepas makan ni , rasa burger Spicy Chicken McDeluxe Pedas  tak berapa spicy ( rate 3/5 star )  . Rasa Burger tu sedap juga tapi tak habis la ,, sebab rasa  banyak pula. Makin lama makin rasa masin  ayam tu , roti tu sedap . Sayur banyak ,, i like it . Lisa rasa kena tambah timun la baru sedap . keseluruhan Lisa baru 3.5 /5 bintang .  

Pendapat ini atas lidah Lisa ye , masing-masing orang ada taste sendiri kan ..Jadi kena try baru tau pedas ke tidak . 




6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM

$
0
0

Assalamualaikum ! Pejam celik finally  dah cecah 6 Juta pageview hits untuk blog www.ciksepet.com. Alhamdulillah ! Bermula dari pertengahan 2014 sampai la sekarang ,21.11.2017. Terimakasih korang yang sudi baca blog cerita budak sepet ini . Hehehe.. Tak seperti blogger lain , kalau ditanya bulan berapa start berblogging memang tak ingat ler.. hahaha.. entah , tak ambik tahu sangat dulu . Dan tak sangka pun boleh sampai ketahap yang sekarang . 


6 JUTA HIT'S Blog CIKSEPET [dot] COM


Terimakasih untuk cikgu underground Lisa yang dah tolong banyak dari zero to be Hero . Hero la sangat kan... masih banyak yang perlu dipelajari , jauh lagi perjalanan sebagai seorang blogger . 
Terimakasih untuk rakan-rakan yang sentiasa menyokong blog ini . 
Terimakasih juga untuk encik Shah Daniel ... untuk template ini 

Untuk korang yang baru mula nak berblog , jangan risau .. angka bukan ukuran sebuah blog . Terus belajar dari sekeliling , jangan malu bertanya , malu bertanya sesat di tandas.. EHH , merepek pula. Hehehe... Kejarlah ilmu tu dengan berbagai cara , sama ada tanya blogger yang berpengalaman , tanya google , atau masuk kelas coaching . ( yang ni Lisa tak reti nak sugest siapa la sebab tak pernah masuk kelas coaching ni .. jauh beb nak turun , lagipun ada beberapa sebab yang tak mengizinkan ) 

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil

$
0
0

10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil


Menghias ruang yang kecil agak mencabar apabila kita mempunyai terlalu banyak barang yang hendak diletakkan di ruang tersebut. Untuk melengkapkan sebuah bilik tidur, semestinya anda akan memerlukan katil, almari pakaian, meja solek, dan macam-macam barang keperluan dan perhiasan lain lagi. 

Jadi, untuk membantu anda menghias bilik tidur anda agar ia selesa dan mudah untuk dikemas, jom baca beberapa tips yang menarik dan senang untuk bilik tidur kecil. 



1. Jadikan pintu almari baju dwi fungsi dengan menempah pintu jenis gelangsar yang bercermin. Cermin tersebut akan bantu untuk memantulkan cahaya, dan membuatkan bilik tidur nampak lebih cerah dan luas. 




2. Gantung langsir rapat ke siling untuk memberi ilusi seolah-olah bilik tersebut mempunyai siling yang tinggi. Oleh kerana langsir itu akan menutupi ruang yang agak besar, pilih langsir berwarna cerah dan lembut agar bilik tidur itu kelihatan lebih luas. 

Sumber



3. Jika anda ingin menjadikan sesuatu ruang itu 2-dalam-1, iaitu sebagai bilik tidur dan juga ruang kerja, gunakan perabot yang praktikal seperti katil sofa atau sofa bed. Tambah rak atau kabinet gantung di dinding simpanan agar ruang lantai bilik itu lebih lapang dan kemas.
 
Sumber



4. Jadikan bahagian bawah katil sebagai ruang simpanan tambahan. Tempah katil berlaci atau gunakan kotak untuk simpan barang yang hendak diletakkan di ruang itu. 

Sumber


5. Gunakan rak gantung bertingkat sebagai meja sisi katil yang sekaligus boleh dijadikan rak buku. Pasang rak yang lebih panjang untuk tingkat bawah agar anda mempunyai ruang untuk meletakkan lampu meja atau perhiasan lain. 

Sumber


6. Jadikan kepala katil anda dwi fungsi dengan menambah rak buku padanya. Rak itu juga boleh digunakan untuk menyimpan cermin mata dan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum tidur. 


Sumber


7. Gunakan juga daun pintu sebagai ruang simpanan tambahan di bilik tidur anda. Anda boleh menjadikannya sebagai tempat untuk menggantung baju atau aksesori peribadi anda. 

Sumber

8. Bagi bilik yang mempunyai ruang dinding yang terhad, gabungkan kabinet pakaian dengan katil. Dengan pelan sebegini, anda akan dapat menggunakan ruang dinding yang ada sepenuhnya, dan mempunyai lebih banyak ruang lantai untuk meletakkan perabot lain.

Sumber


9. Untuk bilik tidur yang dikongsi pula, gunakan katil bertingkat untuk menjimatkan penggunaan ruang lantai. Bahagian bawah katil pula boleh ditambah rak dan laci untuk menyimpan pakaian dan buku.

Sumber 


10. Selain perabot, lampu hiasan seperti lampu lantai atau lampu meja juga akan menggunakan ruang lantai bilik. Untuk bilik yang kecil, anda boleh menggunakan lampu gantung kecil di sisi katil atau lampu LED yang disorok di bahagian bawah katil.

Sumber 


Setelah meneliti tips mudah di atas yang dikongsi oleh pereka hias dalaman tempatan, anda pasti rasa teruja untuk menghias bilik tidur anda, bukan? 

Dapatkan nasihat daripada pereka hias dalaman yang berpengalaman di Recommend.my untuk menjadikan bilik tidur impian anda satu kenyataan.

Kongsi maklumat ringkas seperti saiz bilik tidur, lokasi rumah anda dan tema yang anda suka secara online, dan anda akan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam oleh pereka hiasan dalaman profesional di Malaysia

Selesa Bersenam Dengan JONLIVIA HOTPANTS S5+

$
0
0

JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length

Assalamualaikum ! Hye... sebenarnya kan , ada beberapa orang yang tegur badan Lisa dah berisi berbanding dulu. Ermm ermm... mungkin sebab happy la kot , tu yang sedikit membesar. Macam Boss Lisa bagitau ,,, " you hati banyak senang maa... " . Lisa perasan juga , berat Lisa dah bertambah 3-4kg , tapi alhamdulillah BMI masih normal weih .  Kini Lisa buat juga senaman dan joging , semoga semakin sihat lepas ni . Teringin nak pakai seluar yang senang tuk semua itu , dan senang keluarkan peluh .. bakar lemak lemak kita . Dengar cerita JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length  best pakai ? Wah  menarik , rasa nak try juga ...


Selesa Bersenam Dengan HOTPANTS JONLIVIA S+

Aktivity yang banyak gerakan ni perlukan seluar yang selesa untuk bergerak.  JONLIVIA HOTPANTS S5+ memang sesuai sangat dipakai seperti bersenam , joging , dan gym .  Heii... bukan itu je , JONLIVIA HOTPANTS ini pun sesuai nak bawa berjalan juga tau . Serba guna gitu , ikut idea korang nak mix and match macam mana pun .  Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjoging atau ke gym, ia juga sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang serbaguna betul rekaan yang dihasilkan! 


Kurus tidak semestinya fit,
Tapi orang fit selalunya kurus.
Bila amalkan healthy lifestyle, aim untuk fit, bukan kurus.


Hotpants dari Jonlivia ActivPants ini diperbuat 100% genuine Neoprene iaitu sejenis kain yang begitu elastik.  Hotpants ini dicipta bertujuan untuk membantu membakar lemak-lemak di badan dan peha. Kalau korang pakai ni mesti berpeluh walaupun tak sempat nak berjoging lagi , cepatla proses lisa untuk turunkan berat badan . 

 Bahagian depan JONLIVIA HOTPANTS 








Bahagian dalam JONLIVIA HOTPANTS 

JONLIVIA HOTPANTS S+ FABRIC TECHNOLOGY 



Sebelum ini Lisa pernah miliki hotpants lain ,.. lepas pakai dan cuci beberapa kali ,jadi longgar wak ! Huh.. rasa rugi je beli . Berbeza dengan jenama yang Lisa pernah pakai dulu , JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tak jadi  masalah jika korang nak pakai berulang kali. 4 Lapisan dalam hotpants JONLIVIA iaitu : 
  • External Fabric
  • High Performance NeoHeat Fabric 
  • Internal Fabric ( Absorption & Comfort ) 
  • Special Airy Fabric ( for discharge ) 

Satu lagi yang Lisa suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS S5+ ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, hotpants ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian pinggang dalam seluar ! Iya ada pocket! So mudahla nak letak kunci kereta / wang  kalau joging . Safety sikit   , betul tak ? Kalau pakai seluar track biasanya takut tak perasan jatuh time berjoging tu . 



Double waist level di pinggang , so JONLIVIA Activhotpants S5+ ni boleh ditarik sampai ke tummy korang .Boleh bakar lemak di perut sekali . 






Korang lipat kaki atau buat gaya apapun , memang rasa selesa je . Tak rasa sakit , krem , atau susah nak buat gaya senaman , yoga atau exercise lainnya . Ni kalau Lisa buat zumba mesti lagi berpeluh banyak ... cepat le turun berat badan . 



HARGA  HOTPANTS JONLIVIA ACTIVEPANTS



Hotpants ini memang tengah hot sales . Sekarang ni JONLIVIA tengah buat promo sebanyak 25% dari harga sebenar hotpants ini tau . Nah Untuk harga korang boleh tengok di JONLIVIA HOTPANTS S+ .  

amacam ,,, stylo tak ? mesti la.. Lisa lebih bersemangat lagi nak turunkan berat badan . Lisa lebih selesa berbadan kurus atau slim dari berisi  , sebab buat kerja lebih senang .. itu pendapat Lisa la. Badan Lisa , Lisa yang rasa . Muda muda kena jaga badan .. jangan tunggu dah sakit-sakit baru nak exercise . 

REVIEW  LISA TENTANG HOTPANTS JONLIVIA  S+

Awalnya Lisa ingat kalau seluar ni seksa nak pakai , sebab nampak macam tak selesa je . Tapi selepas cuba sendiri , best weih sedap pakai . Tak rasa sakit , tak rasa terkepit pun sebab hotpants ini tebal dan selesa. Patut ramai orang suka dan pakai JONLIVIA HOTPANTS Woman ActvPants S5+ Full Length ni . Seperti yang Lisa bagitau awal tadi , Jonlivia Activpants ini senang boleh korang pakai untuk bersenam atau nak berjalan , boleh juga pakai dengan baju yang labuh tu , ikut suka korang nak style kan macam mana . Hotpants yang tahan lama , senang gerakkan atau lipat kaki ketika bersenam . Korang kena ada satu dirumah ..serious best ! 


Untuk info selebihnya : 
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia 

Viewing all 845 articles
Browse latest View live