Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 845 articles
Browse latest View live

AKIM DAN STACY AF BERTUNANG

$
0
0
 AKIM DAN STACY AF BERTUNANG || Tahniah kepada dua penyanyi yang sama-sama keluaran dalam AF akademi Fantasia, AKIM AHMAD dan Stacy AF hari ini 26 September 2015 telah pun bertunang. Setelah dikabarkan memeluk agama islam,kini Stacy telah pun menjadi tunangan dari Akim. Double berita gembira pastinya untuk penggemar penyanyi ini juga kan.

Semoga kekal dan dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin. Agak-agak bila ye majlis mereka? Nantikan berita seterusnya ..
“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya@akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanamtelah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” jelasnya.

CARA CHECK IPU SEMASA

$
0
0
CARA CHECK IPU SEMASA || Alhamdulillah hari ini Jerebu dah berkurangan di tempat Lisa. Semalam dan kemarin teruk sangat sampai jarak pandang pun beberapa puluh meter sahaja. Walaupun di tempat Lisa mempunyai IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang rendah untuk hari ini.. namun di negeri lain seperti Negeri sembilan,Serawak, Kuala lumpur ,Shah Alam masih mempunyai IPU yang tinggi. Cara untuk check atau semak IPU boleh layari web ; apims.doe.gov.my/v2

Senarai IPU untuk hari ini seperti gambar berikut ;



Kalau IPU masih tinggi, ada kemungkinan murid akan diberikan Cuti Sekolah . Untuk langkah berjaga-jaga semasa jerebu , perbanyak minum air masak ,kurangkan aktivitas di luar ,dan jangan lupa pakai mask 95 .


BIODATA ATIKAH SUHAIME

$
0
0
BIODATA ATIKAH SUHAIME || Pelakon wanita yang berasal dari Singapura ini semakin kerap muncul di Television. Atikah Suhaime ini sekali lagi berlakon dan kali ini menjadi heroin  watak Nina dalam drama  Bukan Isteri Sempurna. Wahh..jom ketahui lebih banyak mengenai biodata artis cantik ini.

BIODATA ATIKAH SUHAIME ;
Nama penuh : Nurul Atikah Mohd Suhaime
Tarikh lahir : 15 Mac 1991
Asal : Tampines, Singapura
Pendidikan : Graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura
 Adik-beradik : Anak kedua dari tiga beradik
Kerjaya : Pelakon/ Model
 Hobi : Memanah
 Twitter : https://twitter.com/AttKelmari
Instagram : http://instagram.com/atikahsuhaime
 Artis : MIG
Drama : Dewi Lasak, Dikir Puteri dan Delicatessen (Singapura), Rawan (TV9), Rubi (TV3), Bila Hati Berbicara TV3 (2014)
Telemovie : Doa Ibu, Kampung Mangkuk Sengkuang
 Filem : Lagenda Budak Hostel, Longkai, Cari, Highlands Tower, Banglasia, Gudang Kubur




EPISOD AKHIR AKHIR MENCINTAIMU TV3

$
0
0
EPISOD AKHIR MENCINTAIMU TV3|| Wahh tak terasa dah sampai episode 2t akhir untuk drama MENCINTAIMU slot akasia yang ditayangkan diTV3 . Bagaimana kesudahan cerita ini? 

Jangan lupa saksikan di TV 3 hari ini , 29 September 2015 pukul 7 petang. Mesti kalian dah tak sabar tengok pengakhiran cerita yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson ini. 

Tonton episod akhir drama  Mencintaimu di tonton.com.my 




Resepi Maggi Goreng Kambing

$
0
0
*gambar kredit blog tiffinbiru.com
Resepi Maggi Goreng Kambing || Beberapa hari lepas pastinya peti ais kalian penuh dengan daging korban kan. Yela..kan 24 September 2015 hari Kamis lepas raya Aidil adha... Pastinya ada lebihan daging korban.  Pening tak tahu nak masak apa dengan daging tu? Jom masak daging yang sangat mudah dan senang!  Maggi Goreng Kambing,  nyummmy. Mesti sedap kan. Dalam tempat kerja pon boleh tau

Resepi ; maggi +kambing.   Masak maggi goreng perisa original.  Rebus air hingga mendidih,  lepas tu masukkan maggi. Campurkan bahan-bahan perempah maggi dalam pingan. angkat Maggie dan tos. Gaulkan dengan bahan perempah tadi.
Dah siap... Atas letak je daging kambing tadi. Hahah siap!   Heheh itu resepi termudahhh.
Tadaaaa dah siap!  😍 

Haha okaylahh.. Tu tadi resepi untuk pemalas macam saya.  resepi yang sebenar ialah seperti bawah ini.. 

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kuah kuzi kambing dan kacau rata. Tuang air dan masukkan perencah kari maggi. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api dan masukkan telur. Biar hingga telur mengeras, kacau perlahan.
Masukkan daging kambing, dan kacang buncis. Tambah mi maggi dan biar hingga mi lembut. Tambah cendawan dan jika suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.


Resepi selengkapnya rujuk di blog che Mat Gebu di MAGGI KAMBING DERHAKA 


Selamat mencoba! 

KFC POTATO WRAPED PRAWN

$
0
0
KFC POTATO WRAPED PRAWN || wah.. sekali lagi KFC mengeluarkan menu baru yang tentunya limited edition dan sedap !  Semalam sibuk sangat kerja sampai penat dan lapar ! haha... Niat nak beli seketul ayam +kentang +air je tapi masuk je dalam KFC ternampak pula menu baru ini. Memang Lisa terus pilih menu ini la, KFC Potato Wraped Prawn set combo dan a la carte .  Kenapa dua ? sebab Lisa penggemar UDANG . Pekerja dan manager KFC tu tanya , berapa orang makan ? Lisa sorang ja. . sambil buat muka selamba.

Harga Set combo KFC Potato Wraped Prawn  rm15.50 , berisi 2 ketul ayam + 3 ekor Potato Wraped Prawen  + air pepsi . Tapi semalam Lisa tukar je lemon ais sebab tak nak minum bergas. Manakala Set A LA CART KFC Potato Wraped Prawn pula seharga rm10.90 , berisi 5 ekor udang sahaja . Sedap ke ? sedap.. rasa yang nyummi untuk penggemar udang seperti saya. Dan Lisa boleh habiskan kesemua makanan ini seorang je tau ! sampai kawan cakap Lisa ni ade saka. Badan kecik tapi makan banyak .


KFC POTATO WRAPED PRAWN , udang yang dibalut mi yang terbuat dari kentang . Kemudian di goreng dengan minyak panas. Rasa yang crishpy buat nak makan , makan, dan makan lagi. Sebab tu la Lisa order 2 set. Menu ini limited time promo sahaja tau . Bermula dari 28 September 2015 sampai habis tempoh promo.  Jangan sampai kehabisan..  



SINOPSIS HELLO MR. PERFECT

$
0
0
SINOPSIS HELLO MR. PERFECT  || Drama Mencintaimu yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson telahpun berakhir. Kalau kalian penonton setia mesti tau la kan. Hehehe.. Sekarang ini Hello Mr. Perfect pula yang menggantikan drama Mencintaimu . Drama Helo Mr. Perfect ditayangkan setiap hari Isnin -Khamis pukul 6.58 di TV3 . Siapakah pemain dalam drama ini yang menjadi Hero dan Heroin ? Drama ini dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Muhammad Izul Islam dan pelakon baru ,Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain  Heroin dalam drama ini.  " Biar hati yang mengucap cinta " , wah macam best sahaja kan ceritanya . Jom baca sedikit sinopsis drama ini !
Sinopsis Drama Hello Mr. Perfect : | Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.


Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

SELFIE PALING COMEL | CABARAN7HARI

$
0
0
Cabaran 7 HARI - SELFIE PALING COMEL || Comel ke ? Comel la kot.. ini je la yang mampu Lisa selpie paling comel.  Korang kalau nk join cabaran 7Hari dari EFG pon boleh gak. Tengok gambar dibawah nanti ye. 

Comel tak comel tak ? Haha gurau je la. Abaikan lisa yang merepek merapu meraban..Kepala tengah tak betul.  Haha mohon sumbangkan komen anda.. tenkiuuu . 
Join cabaran ini dengsn up insta dan link kan ke blog. Senang kan? Jom join    





LIRIK SORRY SORRY SAYANGKU [OST HELLO MR PERFECT ]

$
0
0
 LIRIK SOORRY SORRY SAYANGKU BY NOMAD [OST HELLO MR. PERFECT] || Sorry Sorry sayangku.. I Love You ..! Lebih kurang macam tu lah lirik dalam lagu yang menjadi ort drama Hello Mr. Perfect slot Akasia yang ditayangkan di TV3 ini. Lagu yang dinyanyikan oleh NOMAD dan diciptakan oleh A.Aida . Jom dengar sama-sama . 




LIRIK SORRY SORRY SAYANGKU [OST HELLO MR PERFECT ]

Penyanyi : Nomad 


Hello hello Mr Perfect
Siapakah kau? Cantikkah kau?
Perfect-kah mu untuk menjadi kekasihku
Namun ku tidak pernah mengalah
Tetap juga mahu bersama dengan aku
Akhirnya aku mula sedar
Yang aku mula menyintai mu
Tetapi disaat itu kau telah pergi

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku,
Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I Hate You
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Maafkanlah aku sayang
Aku mengaku selalu curang
Selalu menyakiti hatimu
Selalu mencari salahmu
Ku tidak pernah menghargai kasih sayangmu
Namun kini segalanya telah terjawab
Baru ku tahu ku tidak boleh tanpamu
Dan sesungguhnya ku telah jatuh cinta denganmu

Dimanakah kau sayang
Puas ku mencari dirimu
Merajukkah kau dengan aku
Maafkahlah aku

Sorry Sorry Sayangku
I Love You
Sorry Sorry Sayangku
I Miss You
Sorry Sorry Sayangku
Kembalilah dikau kepadaku

Sorry Sorry Sayangku
I hate you
Sorry Sorry Sayangku
I dont trust you
Sorry Sorry Sayangku
Kerna dulu ku mengkhianati dirimu

Kembalilah padaku

Biodata Nur Ruhainies Farehah

$
0
0
Biodata Nur Ruhainies Farehah || Pelakon baru yang menjadi Alya Adriana & Nurul AinHeroin dalam drama Hello Mr. Perfect ini  sebelum ini menjadi watak sampingan  di Sofea Jane . Bagaimana Lakonan artis cantik yang lebih mesra dikenal dengan nama Ruhainies ini ? Kaku macam kayu atau pandai membawakan lakonan dalam watak drama tersebut ? Itu korang kena tengok la dalam drama Hello Mr. Perfect petang ini di TV3 pukul 6.58 . Dan ternyata... dia ini adik  Adik kepada Nur Risteena, heroin drama Playboy Itu Suami Aku . Tapi bukan sebab menumpang kefamousan kakak dia . Namun keluarga mereka mungkin menyukai atau ada bakat dalam bidang lakonan.


Biodata Nur Ruhainies Farehah watak Alya Adriana & Nurul Ain , Heroin Hello Mr. Perfect : 
Nama Penuh: Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas

Nama Popular: Ruhainies
Umur: 23 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 27 Julai 1992
Pekerjaan: Pelakon, pengarah dan duta produk Ruza
Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/NurRuhainies
Instagram Rasmi Ruhainies: https://instagram.com/ruhainies7
Drama: Sofea Jane (Watak Sampingan), Hello Mr Perfect 2015 (Watak Utama Wanita)








APA ADA DALAM WALLET ANDA ? |CABARAN7HARI

$
0
0

APA ADA DALAM WALLET ANDA ? |CABARAN7HARI || Task untuk hari ini , apa ada dalam wallet anda ? Wallet untuk lelaki kan.. Purse untuk perempuan ( kata mr hati batu saya ) . Dalam purse Lisa tak banyak barang . Dan Lisa memang suka purse yang besar walaupon badan kecik dan automatik tangan memang la kecil sahaja kan . Tertanya-tanya apa yang ada dalam Wallet Lisa hari in ? Jom sergah ! 

1. Phone
2. Duit rm6
3.Kad H&M RM500  ( rewards review blog )
4. Namecard
5. Duit Singapore Dollar 32$
Itu sahaja la yang ada dalam wallet Lisa . Tak percaya ? tengok la gambar-gambar dibawah ini. Hahaha.
Kenapa Lisa tak ada kredit atau debit card ? sebab memang Lisa tak nak bawa ! hahaha nanti boros jadinya . Credit card memang saya tak ada ya . 


Phone | Memang tak pernah ada orang letak Phone dalam Purse kan ? Termasuk korang !  Phone Lisa besar tapi nipis , sebab tu kalau masuk poket nanti tak selesa. Poket kan dah ada duit . Sebab tu letak dalam Purse. Kalau keluar pergi makan atau beli barang , bawa je wallet tu tak perlu bawa beg. Lisa jenis kurang suka bawa beg kalau setakat pergi makan atau membeli barang di market. 


Duit pulak , tak kan la sehari habiskan rm6 sahaja ? Eh .. tak lah.. sebab Lisa suka meletakkan duit dalam poket. Sebab.. sebab Lisa pernah kehilangan purse dalam tu berisi rm500.00 .  Baca di entriLEPAS WALLET ILANG CINCIN PULAK ILANG .Memang menangis woooo ! Since dari itu lah Lisa tak letak duit dalam purse. Duit singapore ini angpau time raya cina haritu . Memang tak suka guna . Simpan dalam Wallet dengan sampul sekali. Hahaha..



So ..  Tertunai sudah cabaran 7 ari dari EFG  hari ini. Apa isi Wallet korang pulak , ? 



Perkara Wajib Buat Setiap Hari ? | CABARAN7HARI

$
0
0
Perkara Wajib Buat Setiap Hari ? || Task Hari ketiga Cabaran 7hari dari EFGKBBA ,, Perkara wajib bagi Lisa ialah...
MANDI
Solat
MAKAN
TIDUR
SOLAT
MAKAN
MAKAN
MAND
.
.
.
.
.
.
.
. Dannn... tidur !

Hahaha betul apa ? Salah eh?

Perkara wajib lainnya ialah.. CHECK EMAIL ! Check Inbox Fanpage .
Check whatsapp .
Perluuu sebab Lisa ada wat kerja online juga.Boleh la tambah duit untuk makan KFC ! Makan lagi....

SEBAB VINCCI WAREHOUSE SALE DIBATALKAN

$
0
0
SEBAB VINCCI WAREHOUSE SALE DIBATALKAN || Sepatutnya hari ini dan esok akan berlangsung jualan besar-besaran dari jenama kasut VINCCI . Memang berita yang ditunggu-tunggu oleh kaum perempuan . Saya pon penggemar kasut juga jadi tahu lah . Nasib baik lah jauh , kalau dekat memang Lisa dah turun padang untuk join borong beli kasut jenama VINCCI . Harga serendah rm15.00 siapa yang tak nak ooii , mura gila tu !

Tapi sayangnya jualan gudang ini di batalkan, sebab  : lambakan orang yang beratur sampai 8KM katanya . Mana tidaknya , Jualan itu bukan di buat di stadium atau tempat terbuka. Tapak jualan yang tertutup dan bergate. Kena beratur kalau nak masuk. Dah macam butik Fareda pula lah kan. Takut kehabisan stock kasut yang cantik kot , sebab tu ada orang yang panjat tembok hanya untuk masuk tempat jualan tu . Alahaiii... sampai macam tu sekali. Berhimpit-himpit sampai bergaduh . Apa ni ??? Tahulah obses sangat dengan kasut tapi .. bukan dapat apa pun kalau bergaduh. Sabar boleh ?



Orang di Mekah Arab Saudi sana bersesak-sesak sampai meninggal kena pijak sebab nak ibadah tau , tapi kalau di Malaysia.. orang berhimpit bergaduh hanya sebab nak masuk jualan VINCCI ? nampak perbezaannya ?

Semua salah , penganjur dan pengunjung. Penganjur tu sebaiknya carilah ditempat yang terbuka dan luas sikit, tak ada lah orang bergaduh dan panjat tembok. Yang pengunjung juga , bersabar dan tunggu Que la.. bergaduh last last semua tak dapat. Padan Muka..


SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT

$
0
0
SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT || Drama baru lakonan Fattah Amin dan Ruhainies  dalam Hello Mr. Perfect yang ditayangkan dalam TV3 menggantikan drama sebelum ini iaitu Mencintaimu . Korang rasa kenal tak dengan pelakon-pelakon yang ada dalam drama Hello Mr Perfect tu ? Heee jom kenal-kenal Pelakon-pelakon yang memeriahkan drama slot akasia tersebut . 


SENARAI PELAKON HELLO MR PERFECT :

Nama ArtisWatak
Fattah Amin Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah Alya Adriana dan Nurul Ain
Rafiq Razali Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar Rahim
Mimi ErnidaLina
Nafiez Zaidi Azizi
Keena Mentor Hana
Afzan A.Rahman Fauzi
Kay Maria Mak Temah
Eizlan Yusof Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim Datin Seri Rosni
Chomel Fana Amani
Ammar AlfianAizat



Amacam.. kenal tak ? Jangan lupa saksikan di TV3 Isnin sampai Khamis pukul 6.58 petang . 

Apa Yang Anda Cari Dalam Freezer ? [Cabaran7hari]

$
0
0
Apa Yang Anda Selalu Cari Dalam Freezer? [Cabaran7Hari] EFG|| Selepas wallet.. Benda wajib kena buat ,dan hari ini task APA YANG ANDA SELALU CARI DALAM FREEZER ?  Jawapan Lisa? Cari kesejukan sebab luar panas jerebu. Hahaha Boleh macam tu tak? Betul apa,  sekarang musim panas ditambah lagi dengan jerebu. Bahang woo.. mana la tahu dengan petua buka tutup buka tutup peti ais yang selalu orang cakap...  badan dah boleh macam berada di kutub utara. PHEWWW.. 

Dah..dah.. abaikan yang lisa merepek tadi. Lisa suka cari buah-buahan dalam peti ais. Sebab Lisa memang suka makan buah termasuk la durian. Sedap aihh... Kenapa buah? Sebab buah boleh melancarkan system penghadaman makanan dari dalam perut. Sebab tu la proses membuang jadi teratus dan Lisa nampak Slim kann.. hehehe. 

Agak agak apa yang akan lisa tulis dalam entri esok untuk next  task eh? Jangan lupa baca esok yaw ;) 

Movie Feveret Kegemaran [CABARAN7HARI]

$
0
0
Movie Feveret Kegemaran [CABARAN7HARI] || Dalam banyak banyak movie yang selama ini Lisa tonton, movie ini lah yang buat aku menangis . Spechless sangat dan baru tahu cerita sebenar Islam ketika berkembang di Europe . mendekatkan pada sumber kebenaran abadi yang Maha Sempurna.bagaimana Islam mengajarkan cara untuk menghadapi orang-orang atau bangsa lain yang memandang islam sebagai terorist , bukan dengan kekerasan tapi dengan kelembutan . Movie ini mengambil tempat disebagian besar dari negara-negara Europe dan juga tempat-tempat terkenal disana . Dari Austria, Paris, Menara Eiffel ,dan banyak tempat lain .Kemudian berakhir perjalanan itu di Istanbul .


Best cerita ini dan tak rugi kalau kalian meluangkan masa untuk menonton Movie ini. Selain pengetahuan mengenai agama , kalian juga akan mampu menikmati keindahan Bangunan-bangunan bersejarah yang berada di Europe. Pastinya kalian akan teringin pergi kesana ,selepas tengok movie ini. Kalian akan merasa seperti keliling Europe dan menikmati keindahan bangunan disana. 



DISINI : 99 Cahaya Di Langit Eropa 

SARAPAN Wajib Setiap Hari [CABARAN7HARI]

$
0
0
Sarapan Wajib Setiap Hari ? || Task yang ini agak susah la sebab Lisa jenis tak makan  breakfast . Kalau makan pun nanti akan terbuang semula. Maksudnya terus pi tandas sakit perut. Tak kisah makan secoet roti pun memang akan sakit perut . Sama dengan sahur ketika puasa , biasa Lisa minum air kosong je . Tapi boleh je tahan tak kebulur . 


Patut la kurus , kurang makan . Eh tak juga la, sebab Lisa jenis kuat makan. Kalau makan boleh banyak seperti gambar memula diatas tadi,Hahaa, . Saya boleh habiskan Nasi goreng + daging masak kunyit +sayur kangkung belacan +sambal belacan. Licin Lisa habiskan. Biasanya if need more tenaga seperti ada event , ada meeting , training Lisa makan Kurma + susu. Lisa susa minum susu heheh susu kan tambah tenaga.

Tak perlu diet untuk kurus , jaga pemakanan dan makan ikut masa dah boleh kurus tau . Walaupon makan banyak. Breakfast korang apa pula ye ?

GADGET TERCINTA [CABARAN7HARI]

$
0
0
 GADGET TERCINTA [CABARAN7HARI] || Task last untuk cabaran hari ini. Gadget tercinta ... yang ni susah tak susah nak jawap. Hahaha sebab sayang kesemua gadget-gadget yang ada sekarang ni. Hek eleh .. macam la banyak sangat gadget. Gadget yang lisa sayang untuk sekarang ini Iphone 6plus gold ni le.. Mana tak sayangnya , hadiah dari Mr. Hati Batu . Hahaha

Tahun lepas dok pakat guna Z2 , tahun ni Iphone le pulak. Hope la tahun depan dia tak pi tukar lagi. Tak dan nak beli aih , simpan duuit tuk travel kan bagus. Sebenarnya memang Lisa kurang minat dengan Iphone sebab manja sikit kan Iphone tu . Tapi kerana dia ayng Bagi, terima je la kan. Dah rezeki tak kan nak tolak . Tepat nya kami dok tukar Hp , dia IP6 dan Lisa Ip 6 Plus. Biasa pegang Hp besar . Note 3 and sony Z2 Lisa ada lagi. Still cun macam Lisa (perasan) sebab tu sayang semua gadget. Lagi pun masing-masing ada kelebihan sendiri . Tu yang tak lepaskan salah satu dari Hp kesayangan ambe.





Habis sudah cabaran 7Hari instablog dari EFG ,,, lepas ini cabaran apa pula ye ? Nantikan je ;) 

DOMINOS PIZZA Diskaun Harga sebanyak 50% !

$
0
0

 DOMINOS PIZZA Diskaun Harga sebanyak 50%  !  || Waktu berehat tapi tak tahu nak makan apa ? atau semua kedai tutup haritu . Bosan dengan menu yang ada ? Ya kejadian tu berlaku semalam . Hari rabu disini memang ramai kedai cuti. Entah mengapa lah kedai kedai  nak cuti hari rabu. HUH,.. dah la Lisa tengah kelaparan. Hahaha nak keluar pun malas. Sebab panas and jerebu. Then nampak la dalam newsfeed di Facebook milik kawan. Dia tulis DOMINOS PIZZA ada diskaun harga sebanyak 50% apabila order secara online. Wahh memang best ni , bak pucuk dicinta ulam pun tiba . 50% boleh jimat separuh harga tu .

Then apalagi.. memang lisa terus buka laman Dominos untuk order la. Diskaun 50% harga siapa yang taknak aih ! Masukkan code AD62 sebelum memesan , kalau tak .. korang tak dapat la discount separuh harga tu . Sebab Lisa makan seorang ja, Lisa orderlah apa yang boleh ditampung oleh perut Lisa ini. Hahaha Lisa order Personal Pizza -Classic Hand Tossed -Smoky Beef dan Chick  + Chicken Lasagna. Tak pernah makan Lasagna , teringin la pula nak mencoba. 


Tersalah memilih , sebab Lasagna banyak Cheese dan lisa pulak jenis tak makan cheese . Hambek kauu... tekak loya terus . Hahaha. Tapi pun habis juga. Mak cakap tak boleh bazir makanan , nanti  Allah marah . Nak tak nak telan juga la. Nasib baik ayam banyak , and pedas sebab tu leh masuk tekak. Hehehe . Tapi make sure lepas ni memang tak makan lasagna dah .
Pizza rasa Beef dan Chick , Minggu lepas beli Dominos Pizza juga tapi nipis je pizza tu . Ternyata Lisa yang tak pandai pilih , Lisa pilih Thin and Crunch patut lee. Nasib baik ada kak SUE Izza  ajar tunjuk cara signup dan pilih menu yang sedap di Dominos Pizza. Jadi dapatlah rasa tebal . Excelly memang sebelum ni tak berapa minat dengan Pizza , tapi sekali sekala mencoba tak salah juga. Hehehe.. Nampak tak daging tu . Nyumm memang terasa di lidah .




Masuk laman web Dominos SIGN UP dan pilih sebelah kanan tu , masukkan kode "AD62" dalam kotak kaler biru tu.  Then pilih pizza yang kalian nak makan ! 


Sebab Lisa mungkin orang pertama order kot dalam friendlist FB kawan-kawan , then Lisa muat naik gambar makan Pizza Dominos ini,, dan akhirnya kawan-kawan baik di whatsapp dan di Facebook mula terpengaruh untuk beli. Hahaha ! Rosak diet katanya .. tapi terliur la pulak tengok Lisa makan Pizza dengan harga yang berbaloi baloiii. Kenduri Pizza la nampaknya . JANGAN LUPA UPLOAD GAMBAR DENGAN PEMBELIAN PIZZA DOMINOS DAN HASTAG #DTopSecret untuk peraduan dominos. Manatahu kalian bertuah tuk dapat jemputan makan di Dominos :*
Banyak pilihan menu untuk kalian pilih , Kalau makan ramai-ramai .. order la yang saiz besar. Kalau untuk makan seorang orderlah sebanyak mana perut tu menampung makanan. Jangan membazir !



Code AD62 boleh kalian gunakan sebanyak mungkin tau , dan valid sampai 16 Oct 2015 ! 
order di :www.dominos.com.my ;) 

Tak Boleh Makan Ikan Bilis

$
0
0
 
Tak Boleh Makan Ikan Bilis ||Ikan bilis goreng masak sambal nasi lemak. Ikan bilis masak kicap pon sedap. Orang bujang suka masak ni. Sebab masak senang je .  Rangup ..nyum nyum memang menyelerakan! Orang cakap macam tu la.

Tapi entahla .. saya tak suka makan . Bukan tak suka tapi lebih kepada TAK BOLEH MAKAN ! " Hek eleh,., baget orang bandar tak nak makan ikan bilis "Tak macam tu , ada kisah disebalik tu . Kalau nak story mungkin memerlukan masa 3 hari 4 malam . ( Gurau je la ) .Ye tahu ikan bilis sedap , tapi jika makan nasi goreng kampong then orang kedai tu letak ikan bilis, memang la Lisa akan asingkan ikan bilis tu .Bazir ? bukan masalah bazir tapi masalah kesehatan dan ketika ambil order pun dah bagitahu tak nak ikan bilis. Sapa suruh letak ikan bilis . ?!

Alkisahnya Ahad haritu lisa terrrrrmakan ikan bilis dalam menu sambal goreng tempe. Hummm dah namanya hantu tempe , memang la men ngap je kalau nampak. Bukan selalu ada kan tempe . Lepas makan okay lagi . Ikan bilis tu campur dengan sambal. Nak asingkan nti sama ja macam buang sambal tu . OK la makan , tak banyak .. sedikit ja pun . Lepas makan ok lagi .. still gagah perkasa bak pahlawan yang akan berperang dengan musuh ! Tapiiiii malam tu terus keok . Hambik kauuu pening kepala sampai takleh bangun. Mungkin ikan bilis tu masin , sebab tu Lisa terus sakit kepala macam bawa batu 1 Tan .

Ikan bilis , Nasi lemak , Nasi Ayam , Kari , Mee , Santan , memang Lisa tak makan. Kalau makan nanti jadi sakit perut , sakit kepala ..then kalau check ke klinik dokter cakap keracunan makanan. Pelik kan ?

Bukan baget orang bandar.. memang takleh makan la. *tapi makan budu cicah cili sedap gak >.<
Viewing all 845 articles
Browse latest View live