Quantcast
Channel: Cerita Budak Sepet
Viewing all 845 articles
Browse latest View live

SHUKRI YAHAYA KAHWIN BULAN NOVEMBER

$
0
0
 SHUKRI YAHAYA KAHWIN BULAN NOVEMBER  || Siapa yang tak kenal dengan artis lelaki tampan yang pernah menjadi hero dalam Drama Asam Pedas Untuk Dia dan Dia, Isteri Luar Biasa  , Shukri yahaya . Lisa pun minat dengan dia semenjak jadi hero dalam Asam Pedas Untuk Dia. Suka lesung pipi dia dan senyuman dia.


Bulan depan , November akan menjadi bulan untuk Shukri dan Tya (tunang ) mengakhiri zaman bujang mereka. Tahniah ! mereka memilih 20 November 2015 untuk melangsungkan pernikahannya di Putrajaya .Majelis persandingan pulak akan berlangsung di Cyberjaya .





Tahniah untuk kedua bakal pengantin.. semoga berkekalan sampai ke anak cucu. Fans Shukri yahaya jangan patah hati ye .. jangan frust pulak. Nanti cari Radin Amzar yang lain  . Hehhe

BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016

$
0
0
BORANG PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH TEKNIK 2016 || Kemasukan murid ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik untuk Januari 2016 kini telahpun dibuka menerusi laman rasmi Kementian Pelajaran Malaysia, dibuka bermula 5 Oktober lepas sampai 20 Disember 2015 . Dapatkan Borang permohonan secara online dilaman web : https://sptv.moe.gov.my/

Syarat khusus untuk memasuki Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik 2016 :

 Syarat Pendidikan asas Vokasional  


Syarat Aliran Perdana : 






Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
*Program Diploma Vokasional Malaysia- Bagi  Murid Tingkatan 3  Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
*Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional
*Sekolah Menengah Teknik Aliran Teknikal

Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
*Pemohon mestilah warganegara Malaysia
*Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2015
*Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
*Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
*Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan *(epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
*Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.


Sumber : melvister

LIRIK Terlalu Lama Sendiri -Kunto Aji

$
0
0
LIRIK Terlalu Lama Sendiri by Kunto Aji | Lagu yang menjadi salah satu pemenang dalam list Anugerah Planet Muzik ke 14 ini ternyata sedap juga la rentak lagu ini. Menceritakan seseorang yang masih membujang dan selalu mendapat soklan dari rakan-rakan dan family . Bukan tak nak mencari tapi belum ada jodoh . Dinyanyikan oleh Kunto Aji yang juga merupakan salah seorang pemenang Artis Baru Terbaik APM ke 14 .




Judul Lagu:  Terlalu Lama Sendiri
Artis : Kunto Aji

LIRIK Terlalu Lama Sendiri by Kunto Aji

Pagi ke malam hari tak pernah terlintas di hati
Bahkan di saat sendiri aku tak pernah merasa sepi
Sampai akhirnya ku sadari
Aku tak bisa terus begini
Aku harus berusaha
Tapi mulai darimana

Sudah terlalu lama sendiri
Sudah terlalu lama aku asyik sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya
Sudah terlalu asyik sendiri
Sudah terlalu asyik dengan duniaku sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya

Teman-temanku berkata yang kau cari seperti apa
Ku hanya bisa tertawa nanti pasti ada waktunya
Walau jauh dilubuk hati
Aku tak ingin terus begini
Aku harus berusaha
Tapi mulai dari mana

Sudah terlalu lama sendiri
Sudah terlalu lama aku asyik sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya
Sudah terlalu asyik sendiri
Sudah terlalu asyik dengan duniaku sendiri
Lama tak ada yang menemani rasanya

Bukan tanpa nyali
Sadar aku begini
Apa yang di depan mata tak seperti yang engkau kira
Oh bahwa sesungguhnya pintu hati menunggu terbuka

Masa Untuk Berhenti Menulis Blog

$
0
0
Selongkar gambar nampak lak gambar time jerebu hari tu . Tebalnya jerebu sampai matahari nampak merah . Tebal jerebu tebal lagi perasaan kekalutan yang ada dalam hati ini. Entah la, rasa nak berhenti berblogging ada. Blog nubis je pon. Tapi patut ke aku berhenti menulis blog?

Hek eleh.. aku tulis entri ke tak bukan orang lain kesah pon kan ? Hahahah baget retis sangat la aku ni.



Alhamdulillah sekarang dah mula berkurangan asap jerebu , udara dah mula bersih. Selamat lah aku dari sakit hidung dan sakit tekak. Nasib baik la aku tak da ashma. Kalau tak mungkin dah perlukan tambahan oksigen kot. Namun mood blogging aku still kelaut juga. Hahaa dah memang pemalas, sampai bila-bila pun pemalas.

Blog aku bukan memberi manfaat untuk korang pon kan. ?
Tak .. kalau aku malas berblog pon aku akan biarkan je blog ini mcm ni . Nanti kalau korang rindu.. boleh la singgah di blog yang tak seberapa nak pemes ni. Pergi event pon tak pernah , sapa nak kenal aku. :P 

LIRIK LAGU SELURUH CINTA

$
0
0
LIRIK LAGU SELURUH CINTA | Seluruh Cinta , kolaborasi artis terbaik dalam Anugerah Planet Muzik ke 14.Dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza digandingkan dengan Cakra Khan .  Lagu ini menjadi OST Movie Suamiku Encik Perfect 10 juga yang dibintangi oleh Aaron Aziz dan Lysa Surihani. Jom dengar !



Judul Lagu : Seluruh Cinta
Artis : Dato' Siti Nurhaliza feat Cakra Khan

LIRIK LAGU SELURUH CINTA 



Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Diri mu kan selalu ada disisi ku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu

Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku
Tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cintamu
Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Tiada rasa seindah kasihmu
Tiada yang mampu temani diriku ohhh...

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Dirimu kan selalu ada disisi ku selamanya ohhh

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

SENARAI Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015 [APM 14]

$
0
0
SENARAI Pemenang Anugerah Planet Muzik ke-14  2015 [APM] || Anugerah Planet Muzik 2015 untuk edisi ke-14 berlangsung di Suntec City, Singapura malam tadi. Acara berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat muzik terbaik dalam industri Muzik Melayu di rantau ini. Agak-agak , artis kesayangan kalian menang tak ? Berikut senarai keputusan pemenang Anugerah Planet Muzik mengikut kategori masing-masing:

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PLANET MUZIK APM KE-14  2015: 

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Kunto Aji - Terlalu Lama Sendiri

Artis Baru Terbaik (Wanita)
Elizabath Tan - Knock Knock

Duo/Kumpulan Terbaik
Rossa & Afgan - Kami Yang Kutunggu

Band Terbaik
Iman's League feat The Lion Story – Lisa

Kolaborasi Terbaik (Artis)
Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta

Kolaborasi Terbaik (Lagu)
Jangan Coba Berlari (Sezairi) -Tulus

Artis Terbaik Lelaki
Judika - Apakah Ini Cinta

Artis Terbaik Wanita
Raisa - Jatuh Hati

Lagu Terbaik (Singapura)
Lisa - Iman's League The Lion Story

Lagu Terbaik (Malaysia)
Assalamualaikum - Faizal Tahir

Lagu Terbaik (Indonesia)
Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji

Lagu Terbaik APM
Assalamualaikum - Faizal Tahir

ANUGERAH KATEGORI UNDIAN

Ikon Media Sosial
Taufik Batisah

Artis Paling Popular (Singapura)
Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)
Awak Kat Mana - Taufik Batisah

Lagu Paling Popular APM
Awak Kat Mana - Taufik Batisah

Artis Paling Popular APM
 Fatin Shidqia Lubis

Anugerah Rentas Planet
Anggun

Anugerah Khas Planet Muzik
A. Ramlie & The Rythmn Boys 

Wahh nampaknya Taufik Batisah membawa banyak trofi . Awak kat mana-awak awak kat mana .. Saya pun suka lagu tu . Hehehe... Yang tak menang  , usah risau tahun depan kan ada lagi ;) 

Periksa Resit Sebelum Meninggalkan Counter !

$
0
0
Periksa Resit Sebelum Meninggalkan Counter ! || KAlian kalau membeli belah di Market atau pasaraya , pernah tak kalian check atau periksa dahulu mengenai harga yang tertera diresit itu?? Sebelum ini Lisa memang tak pernah check resit ketika membeli barangan di supermarket .Namun hari ini tak sedap hati dan terus memeriksa resit selepas membayar. Mana tidaknya , kiraan ku dengan total yang nampak di screen monitor counter pembayaran jauh berbeza ! Bukan hanya seringgit dua ,tapi sampai sepuluh ringgit lebih. Berdiri di sebelah Lift , Lisa tengok pelik semacam ja total bayaran tu. Harga untuk 1 botol shampo 670 +susu HL 1liter +2 coklat cadburry + span muka total rm 5++.00 pelik.. mahalnya. 
Cuba tengok resit tu ,,Harga susu HL sampai rm17xx? Mahalnya !  setelah Lisa perhati.. Lahh rupanya salah tag yang HL tu dia scan sampai 3 quantity . Patutla mahal semacam. Dan Lisa terpaksa la patah balik minta refund duit yang sepatutnya milik Lisa. Dalam rm12 juga la. Banyak tu. Nasib la perasan.. kalau tak? Free je bagi rm12 untulkbarang yang Lisa tak beli. 


Menunggu giliran untuk refund semula duit. Staff tu tak berani pandang Lisa.. huhu garang ke muka Lisa ? Padahal Lisa ok je pun... hehee .Mungkin rasa bersalah pun ye jugak kan. Lepas ini kalau bayar kena tengok resit dulu la ,biar tak berlaku hal yang sama. 

MINI GIVEAWAY CIKSEPETDOTCOM

$
0
0
 MINI GIVEAWAY CIKSEPETDOTCOM || ASSALAMUALAIKUM..  Selamat malam, Hari ni Lisa nak buat simple give away. Just follow blog lisa www.ciksepet.com .  HADIAH ; Topup Rm50  untuk di bahagi  2 pemenang.
Syarat penyertaan ;
1.follow blog
2. BUAT entri dengan Screen shoot atau Print screen gambar pageview blog www.ciksepet.com  yang ke 1,000,000  Beserta masa ambil gambar PV tu. ;) mudah je kan...

Letak link penyertaan di komen entri ini.
Pemenang akan mendapat review blog daei saya juga tau :*



Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437

$
0
0
 Doa AKHIR DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1437 || Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah ,bertepatan (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun 


Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Doa awal tahun dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1437 bersamaan 14 Oktober 2015  selepas menyempurnakan fardhu Maghrib


Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Akan tetapi semua larangan itu telah berakhir setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa penting yang berlaku di bulan MUHARAM
1 Muharam  berlakunya Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam  Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

$
0
0
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H || Jom sertai segmen dari hasrulhassandotcom  . Bukan selalu dia wat segmen ;)

Caranya menyertai Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H 


1.Masukkan blog www.hasrulhassan.com di dalam bloglist anda.
2.Follow blog  menerusi Google Plus (https://plus.google.com/+Hasrulhassan) dan klik +1.
3.Buat satu entri khas bertajuk 'Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H' dan tampal atau letakkan banner segmen ini di dalam entri tersebut. Pastikan ia link ke entri ini. 


Senang kan ? Jom join.. segmen ini berakhir 16 Oktober 2015 ;) Penyertaan terhad

Klik banner untuk join 

Dapat Surprise Beg Vincci

$
0
0
Dapat Surprise Beg Vincci  ||  Terjawap sudah siapa pemberi Hadiah surprise yang bermain di minda  . Memang terkejut , sebab time sedang focus kerja tiba-tiba ada kurrier hantar bungkusan Besar. Dengan muka blurr sambil recall ade ke order barang , macam tak ada je . Siap tanya dengan abang kurrier tu  nak bagi kat sapa bungkusan tu , dia jawap memang untuk Lisa . Number hp pon number  lisa, pelik nye .. tak ada order barang pun. Buka bungkusan itu dan ternyata,,, Beg Vincci !! Waahhh terharu sampai nangis , haha. Serious la nangis . Sebab tak pernah dapat surprise macam ni . Pandai pulak pilih beg casual untuk saya  . Sehari sebelum dapat beg tu , memang sedang tengok-tengok beg jenama Vincci di laman web online. Dan keesokkan harinya dapat lah pualk beg tu , Macam mana dia tahu ni ?
Nampak mewah dan casual kan. Sebenarnya dulu memang pernah ada sembang-sembang dengan si Pengirim tu , nak beli beg baru sebab beg Prada yang beli tempoh hari sayang la pulak nak guna untuk kerja . Then sehari sebelum Lisa terima hadiah beg tu , dia sempat tanya .. Nak beg baru ke ? , ofcourse la Lisa jawap NAK ! kalau dia belanja . Hahah bukan selalu dia bagi greenlight beli beg. Cakap membazir la , apa lah.. biasalah sesetengah lelaki ada tak minat dengan Beg ke kasut ke. Terlebih lagi mr hati batu macam dia . Tanya macam tu je , then esok terus dapat . FUHH laju gila ,
BEST nya dapat beg, ! kan ? Apalagi perempuan.. memang macam mengantuk disorong bantal lah .

Beg Vincci

casual bag cincci

Cantik Beg ini, I LIKE IT ! saya memang suka yang simple sahaja . Dan kaler yang soft , sebab nak guna untuk kerja je pon. Lainlah kalau nak guna tuk weeding ke , majlis ke , jalan ke . Simple like my life je la. Romantik kan MR Hati Batu ? Romantik la sangat... kami swap hadiah . Memandangkan bulan 11 nanti hari jadi kami ,,, Kira Swap hadiah je la , bagi barang yang dia nak hari tu . Memang selalu bagi hadiah  awal. Macam tahun lepas pun dapat awal. Terimakasih banyak-banyak Mr Hati Batu yang garang macam singa tapi hati ada taman la jugak =P 


BIODATA FATTAH AMIN

$
0
0
BIODATA FATTAH AMIN  || Pelakon muda ini  semakin laris je menbintangi beberapa drama di layar TV. Ye dak? sapa tak kenal Fattah Amin,  sebelum ini berlakon dalam Play Boy Itu Suami Aku , sekarang jadi Hero dalam drama Hello ,Mr. Perfect yang bersiaran di TV3 slot akasia setiap Isnin sampai Kamis pukul 6.58 Petang. Berlakon sebagai Muhammad Izul Islam dalam Hello MR. Perfect.. Jom kenal biodata mengenai Fattah amin . 

BIODATA FATTAH AMIN 



Nama Penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin) 
Nama Popular: Fattah Amin 
Umur: 23 Tahun
 Pendidikan: Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 Status: Pelajar Sepenuh Masa 
Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon 
Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/fattahamin




LANGKAWI SYURGA COKLAT !

$
0
0
LANGKAWI SYURGA COKLAT ! ||Banyaknya coklat , adik jual ke ? Hahah tetiba ada customer yaang datang bayar bill dan tanya macam tu kepada Lisa . Yelah,. banyak sangat coklat . Daro Lindtt LINDOR , DAIM dan juga Ferrero Rocher !  memang nampak seperti orang berniaga. Apa reaksi korang kalau ada coklat sebanyak ini di depan mata korang ? Mesti happy. Perempuan walaupon takut gemuk tapi suka pulak makan coklat. Kalau diberi coklat memang tak akan tolak la , gerenti 100 % ! Sebab saya pun suka makan coklat , ehehhehe tapi saya bukan takut gemuk . Badan Lisa comel comel je iaitu slim =P perasan la pulak .

Kesemua coklat ini dari siapalagi kalau bukan Mr. Hati Batu . Alang-alang dia sedang pergi Holiday ke Langkawi .. Lisa kirim sahaja la Coklat . Mula-mula nak kirim kat kak Yanty tapi dapat tau mr hati batu pun ada disana .. so minta mr hati batu belikan je la. Hehehehe... Bukan apa, tak nak susahkan kak TY. Kat sana kan Free Tax , dan harga pun lebih murah dari yang dijual di Kedai . Lisa lebih prefer suka makan Fererro sebenarnya jadi kalau tanya nak makan coklat apa , memang la tak tahu . Dan coklat yang dia pilih , LINDT LINDOOR , DAIM , dan Ferrero Rocher . Rileks je ,, Lisa boleh habiskan kesemua coklat ini , ALL It's MINE ! 

 Lindtt LINDOR

lindtt lindor
Lindt LINDOR coklat dan Vanila. Tak pernah rasa pulak coklat yang ni. Dan ternyata rasa coklat ni manis ! Buka bungkusan dan gigit, rasa meleleh dalam mulut coklat dan vanila tu . Yela .. Buka dari  bungkusan kotak tu memang tak masuk peti ais lagi . Kena masuk peti ais ni, dah meleleh dah sebiji. Terlebih lagi suhu udara yang panas .

FERRERO ROCHER

Nyummi... menggoda sungguh gambar coklat ini kan . Coklat Ferrero yang semua orang mesti kenal dan suka . Sedap weii coklat ini. Harga pun boleh tahan. 3 biji coklat ni biasa dijual RM4.xx . Rugi la siapa tak makan coklat ini. 


DAIM 

2 Bungkus Daim , dalam 45 biji coklat kot . Tak kira la pula berapa banyak coklat tu. Tau makan je la. Hehe.. Rasa keras sikit .. rasa coklat campur karamel . Kawan cakap beli Daim sedap .. okla.. sedap la juga. Leh masuk dalam beg macam gula-gula. Elak semut datang sudah !

Tengok dalam coklat Lindor tu , meleleh leleh .. nyummi .. sedap. Tapi kalau makan banyak mesti nanti jadi Muak. 


Tadaaa... Pagi-pagi abang SKyNet dah tunggu depan pintu tempat kerja  bawa bungkusan ini. Tahu dah mesti coklat. Sebab kalau antar guna pos laju memang tak jadi apa lah sampai sini nanti . Ingat lagi aritu pos kan pelam Harum Manis 10 KG, pecah dan hancur tak leh makan dah buah tu sebab hantar guna jasa POSLAJU .  Jadi kalau makanan atau Gaget atau barang komputer memang tak kan hantar menggunakan POS LAJU . Kompom kena baling oi ! Lepas dari kes pelam hancur , balut elok-elok . Tebal bungkusan dari luar sampai kedalam ada bubble wrap . Haha... adeh penat nak buka .


Selamat menjamu COKLAT dan selamat menternak Lemak untuk diriku !


HARGA IPHONE 6S Dan iPhone 6S PLUS MALAYSIA

$
0
0

HARGA iPhone 6S dan iPhone 6S Plus MALAYSIA || Hari ini 16 Oktober 2015 menjadi hari yang ditunggu tunggu oleh para peminat gadget jenama APPLE . Ya.. hari ini iPhone 6S mula dijual di Malaysia , yang sebelum ini di keluarkan di Singapore . Dan harga yang ditawarkan serendah 2,998 untuk device sahaja.


Berikut Harga untuk iPhone 6S dan iPhone 6S Plus di Malaysia 16 Oktober 2015 ;

1 . iPhone 6S 16GB  seharga rm 2,998.00
2. iPhone 6S 64GB seharga rm 3,498.00
3. iPhone 6S 128GB seharga rm 3,968.00

1. iPhone 6S Plus 16GB seharga rm 3,498.00
2 .iPhone 6S Plus 64GB Seharga rm 3,968.00
3. iPhone 6S Plus 128GB harga rm4,438.00

JANGAN TONTON JWANITA

$
0
0
JANGAN TONTON JWANITA ! || Movie ini ditayangkan pada September. Movie arahan Osman Ali yang berkategori SERAM ! mana tak seramnya kalau semua darah -darah macam real . Jangan Tonton JWANITA kalau korang jenis penakut  .Sebab movie ini Seram gila aih !  Barisan pelakon hebat saperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzamme, Marsha Londoh dan Umi Aida. Lebih lagi Maya Karin yang menjadi pemeran utama sebagai  #JWANITA  . Fuh memang macam real. Nasib la Lisa tak tengok malam , kalau tengok malam memang tak berani tidur la jawapnya .Kalau nak tonton Jwanita minta orang temankan ye..

 Sinopsis #JWANITA  : 

Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan( Bront Palarae ).

Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika (Cristina Suzamme ) yang juga merupakan adik kandung Jwanita. Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat. Perempuan ini kemudiannya memuja dan membangkitkan mayat serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu hidupnya.

PAUTAN ENTRITONTON ONLINE JWANITA . 
Bagaimana pengakhiran cerita ini ? Apakah Julaika akan Mati ? Mula-mula memang tak seram sangat .. sampai minit ke 40 macam tu dah mula seram. Ketika NONA (Marsha ) di ganggu oleh Jwanita dan kemudian dibunuh . Waahhh tengok dengan gentel-gentel tudung sambil tutup mata. Seram aihh.. Dan membuat Lisa menangis di babak penghujungnya .. huwaa seram , takut ,sedih bercampur menjadi satu !

Jangan Tonton Movie JWANITA sambil makan , konfem korang rasa nak muntah .

Untuk yang tak sempat tonton movie ini , korang boleh tonton di chanel Astro  atau di pautan link berikut : 


Lirik Kisah Dua Muka - SUFI AF

$
0
0
 Lirik Kisah Dua Muka - SUFI AF || Lagu yang diciptakan oleh peserta AF2015 dan juga merupakan pemenang dalam Akademi Fantasia 2015 tersebut  , siapalagi kalau bukan SUFI  . KISAH DUA MUKA ,membawa Sufi meraih juara  dan uang sebanyak rm 50,000.00 . Lagu menceritakan seorang isteri yang menyembunyikan kisah cinta dengan lelaki lain, bermanis muka didepan suami namun ketika suami bekerja.. dia bercinta dengan orang lain. PSSTTT sekarang pun ramai yang bertalam-talam ni ha.. bukan hanya suami isteri sahaja . Namun dalam disekeliling kita memang ramai kan kawan macam tu . Depan baik namun dibelakang tikam kita dalam diam .
JOM dengarkan lagu SUFI dan baca lirik lagu Kisah Dua Muka.


Lirik Lagu Kisah Dua Muka by SUFI AF2015 
Inikah caranya kau membunuh cinta Jiwa ku
 berdarah dah ditikam dusta
 Hanyut tak berdaya
Lumpuh tak bermaya

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Jika ku mati hidup kembali
Kau takkan ku rujuk semula

Biar..biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu


Kisah dua mukamu


BIODATA SUFI AF2015

$
0
0
BIODATA SUFI AF2015 || Mohammad Sufie Rashid atau lebih mesra dipanggil SUFI Af2015 yang juga pemenang Akademi Fantasia 2015. Lagu ciptaannya , kisah dua muka memang sedap dengar . Penyanyi kelahiran Singapura menjadikan  Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan dan; Ramli Sarip sebagai inspirasinya dalam bernyanyi.  Sufi lebih menggemari lagu-lagu evergreen

BIODATA PENUH SUFI AF2015
Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun ( kelahiran tahun 1991)
Asal: Singapura


Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura.Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014).Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio.Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014).Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
Selain itu SUFI juga Berbakat mencipta lagu sendiri tau . Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass.

Tahniah SUFI sebab berhasil membawa pulang rm50,000.00 . Semoga berjaya dan semakin maju dalam bidang nyanyian. 

VIDEO CCTV LELAKI MEMUKUL BANGLA DI CAR WASH

$
0
0

VIDEO CCTV LELAKI MEMUKUL BANGLA DI CAR WASH ||  Dua hari lepas mesti dah tau kan kes bangla yang bekerja di tempat pencucian kereta menjadi mangsa pukul oleh pelanggan. Dipahamkan pelanggan tu bengang sebab bangla tu masuk dan duduk di kerusi depan kereta mewah tersebut. Dah nama pun cuci kereta..kalau nak vacum atau bersihkan bagian dalam memang lah kena masuk dan duduk kerusi depan tu . Nak vacum celah-celah bagian dalam kereta yang ada habuk atua pasir atau makanan ke . Selepas kejadian ini Majikan pun membuat laporan polis kepada pemilik kereta ini sebab pekerja bangladesh tersebut mengalami pendarahan teruk dan patah hidung . Uihhh  patah hidung tu .. memang teruk kena pukul. Apa yang sebenarnya berlaku sampai menyebabkan pelanggan lelaki tu memukul bangla sampai patah hidung sekali. Sebab duduk atas kereta ? dan pakaian bangla tu kotor ?
 



rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin... siapa pun kita, sekaya mana pun kita... jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina... npk mmg sikit... tp smp skrg darah x berhenti... bangla refer klinik... klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital * semoga diberi hidayah kpdnya... saya maafkan & halalkn upah cuci kereta td... jangan terlalu mendongak ke langit...
Posted by Atie Abdul Hamid on Saturday, 17 October 2015

TERMS BARU CARA CLAIM APPLE Celcom

$
0
0

Bagaimana Cara Claim APPLE yang dibeli dari CELCOM ? Sebelum ini kalau anda membeli atau sign up pakej Handphone di telco CELCOM , selalunya kalau handphone atau device tersebut da problem,, kalian perlu membawa atau claim di BLUECUBE Celcom. Namun bermula dari 16 Oct 2015 ,, tcelcom telah mengeluarkan kenyataan yang BlueCube tak menerima apa-apalagi device dari APPLE jika terdapat kerosakan, dan customer hanya perlu menghantar di APPLE Authorised Service Providers yang terdapat dalam senarai yang diberikan celcom atau kalian boleh check di www.celcom.com.my .


Menyusahkan atau memudahkan ? Menurut Lisa ini lagi mudah la , sebab kalau berdepan dengan BlueCube ini leceh sikit dan mereka bukan tahu sangat pon mengenai Kerosakan Handphone atau Device APPLE ini , last-last nanti mereka akan hantar ke MAC CITY atau AASP APPLE AUTHORISED SERVICE PROVIDER  juga. Kan lebih better kalau walkin ke Center APPLE dan bertanya secara langsung dengan tehnisen disana. Jimat masa bukan ? Seperti baru-baru ini Lisa ada beli iPhone 6 yang baru untuk adik , then ada problem . Hang and screen tak respon. Pergi hantar ke APPLE Center , tapi mereka suruh pergi hantar ke BLUECUBE. Dan semalam hantar ke BLUECUBE CELCOM tapi mereka dah keluarkan penggumunan tak terima claim lagi dah . HAHAHA banyak buang masa betul lah . Tak pa la.. at least dah boleh hantar ke MAC CIY KLUANG MALL.. lagi dekat le dari tempat kerja . Anytime pergi pun boleh . Sebab BlueCube di Kluang mana ada. 
Bukan hanya untuk pengguna iPhone atau APPLE yang baru sahaja tau , pelanggan yang lama pun kalau ada problem dan masalah dengan device kena pergi APPLE center. Elee lagi senang kot. Rasa lebih menguntungkan dipihak customer. Dan BLUECUBE pun tak perlu pening-pening handle .Semak senarai LOKASI APPLE AUTHIRISED  yang termasuk dalam LIST untuk claim jika berlaku kerosakan atau masalah di link : https://locate.apple.com/my/en/





CT VILLAGE CAFE TEMPAT MAKAN SEDAP DI KLUANG

$
0
0
CT VILLAGE CAFE Tempat Makan Sedap Di Kluang || Sabtu hari tu jalan-jalan ke Kluang Parade sambil cari cari kedai makan . Asik makan menu yang sama , bosan la pulak. Kawan cerita ada kedai makan baru dalam Kluang Parade. CT VILLAGE CAFE , WESTERN and EASTERN FOOD, Nak juga la mencuba , perut pun sedang lapar ni . Tekak yang memilih pulak tu . Sambil jalan cuci mata dan kemudian MAKAN ! Lisa memang suka makan , walaupon memilih sikit bab pemakanan . Hehhe bukan apa , perut sensitive sikit sekarang. Jadi walaupon cakap makanan tu besar kapur atau takda ajimnomoto ke apa memang Lisa leh detect . EH bukan Lisa tapi perut Lisa . Sebab tu kena jaga betul-betul , Aset woo...



CT Village CAFE , WESTERN and Eastern FOOD ini menyediakan menu makanan berat dan makanan ringan . Halal food cafe menyediakan Makanan berat seperti Asam Pedas ayam , Fish and Chip , Lamb chop , chicken chop ,nasi lemak dan banyak lagi makanan. Untuk Menu makanan ringan pulak , ketang goreng , Nugget , Keropok Lekor , dan menu special di hari Jumat,Sabtu ,Ahad .. PULUT MANGGA . Sedap tu ! Bukan senang nak cari penjual pulut mangga di Kluang ni.

Sampai di Cafe CT VILLAGE , Lisa cari tempat dan duduk sambil menunggu pekerja datang ambil order. Tak tau makan apa , maklumlah baru first time datang situ . Kemudian datanglah seseorang dan juga merupakan pemilik kedai makan tersebut , Puan Siti Rohana. Pn. Rohana duduk depan saya , semeja dengan saya dan tanya saya nak makan apa . FUHH, first time dilayan sebegitu . Tempat makan lain mana ada yang buat macam tu kan ? duduk depan dan ambek order macam dah kenal bertahun tahun .  ..  Kemudian Lisa tanya je menu apa yang best di Cafe tersebut. Satu persatu dia sebut dan explain mengenai menu yang should be to try . Dan akhirnya Lisa pilih ASAM PEDAS AYAM dan FISH and Chip , air pulak Ais Fanta dan Teh o Ais (menu air yang wajib ada ) . Lisa jenis tak makan ayam , makan ayam kampung je sebab tiada ubat-ubat yang disuntikkan ke dalam ayam tu .
Nasi putih Asam Pedas Ayam | Kuah asam pedas yang pekat dan masam-masam pedas. Memang sedap! terubati juga tekak Lisa . Biasa makan Asam pedas ikan , ini makan pedas ayam . Not Bad ... sebab lisa yang memilih makanan ini. Sedap la.. abes sampai tak bersisa .




Fish  And Chip | fish yang lembut dan sos blackpaper yang lazat. 

Air Fanta Home Made || Air Fanta ini dibuat sendiri . Memula pn Rohana ingin menawarkan Lisa tuk mencuba air Fanta i, Lisa tolak sebab bergas kan . Tak suka . Namun beliau cakap Fanta ini buat sendiri jadi memang tak ada gas . Apalagi.. Lisa try la. Rasa yang sedap ! Rasa fanta tapi tak da gas. Kesemua makanan lisa seharga rm 16.90 . Murah bukan ? Dan ya.. Lisa makan sensorang. Tak padan badan kecik tapi nafsu makan banyak...

Tadaa.. Dah habis makan .. Berbual-bual sekejap dengan mereka. Yang dua orang ini anak-anak Puan Rohana.  Mereka pun murah senyum , seperti ibunya . Best makan disini . Korang try la datang dan makan disini .. konfem nak datang lagi .

Nama tempat ini : CT VILLAGE CAFE WESTERN AND EASTERN FOOD 
ALAMAT : Kluang Parade , Tingkat 1 . (Belakang mesin ATM ) 
Bussines hours ; 12 PM sampai 10 PM  
OWNER ; Pn . SITI ROHANA ( https://www.facebook.com/siti.rohana.50
BUKA dari Selasa sampai AHAD . HARI isnin Cuti. Korang kalau datang sini makan jangan lupa ajak Lisa , dan lanje sekali eh =p 
Viewing all 845 articles
Browse latest View live